Navigation


RSS : Articles / Comments


Memaparkan catatan dengan label memori. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label memori. Papar semua catatan

JALAN-JALAN CARI MAKAN

Ahad, November 02, 2008, Posted by mr. admin, No Comment

Rasanya tinggal kurang 2 minggu lagi saya akan meninggalkan bumi Skudai setelah 3 tahun lebih berkelana di sini. Terasa sedih dan gembira bercampur di benak hati. Sedih kerana meninggalkan segala kenangan di sini. Gembira pulak kerana saya akan memulakan tugas yang di 'hold' sekejap sejak mendapat cuti belajar separuh gaji.

Hari-hari terakhir di sini dihabiskan dengan mengambil masa untuk 'melencong' ke beberapa tempat di sekitar sini. Bayangkan, 3 tahun lebih berada di sini baru 2 hari lepas menjejak kaki ke Jusco Tebrau! Haha..Bukan sebuk study sangat, tapi malas nak berjalan.

Minggu lepas saya ke Felda Tenggaroh 7, Mersing. Tu pun sebab ada classmate kahwin. Kalau tak, jangan haraplah!

Sepanjang perjalanan ke Felda Tenggaroh, saya berasa pelik kerana terdapat suatu kawasan, ada binaan yang usang terletak di kiri dan kanan jalan. Saya bertanya kat salah kat kawan saya yang biasa ke Felda Tenggaroh. Mereka kata itu adalah kubu lama tinggalan perang!



Wah! Kubu tinggallan perang?! Best ni..Saya pun tanpa sengan silunya, meminta agar berhenti seketika untuk mengambil gambar sekeping dua.

Hasil dari tinjauan, saya dapati binaannya amat kukuh. Dalam fikiran, macam manalah orang dulu-dulu buat. Kukuh, boleh tahan dari hentaman bom. Tak macam sekarang, kalau bagi Samy Vellu ( Mantan Menteri Kerjaraya) buat kubu camtu, confirm bocor! Hahaha..Baru kena hujan, dah bocor. Belum lagi peluru meriam.


Suram, kukuh dan menakutkan...keadaan dalaman kubu.

Perjalanan saya diteruskan hingga ke Felda Tenggaroh selepas itu...

RAMADHAN TERAKHIR DI BUMI SKUDAI

Sabtu, September 13, 2008, Posted by mr. admin, 6 Comments



Saya kira Ramadhan kali ini adalah yang terakhir buat saya sepanjang berada di UTM, Skudai. Insyaallah, bulan November ni saya akan menamatkan pengajian saya di sini. Sekejap je rasa, dah nak tamat pengajian saya di sini. Rasanya seperti baru semalam mendaftarkan diri.



Jadi, saya mengambil kesempatan kali ini untuk berbuka puasa beramai-ramai di Masjid Sultan Ismail petang semalam. Seronok berbuka ramai-ramai di masjid ni. Kesyahduan dan barakahnya jauh lebih hebat berbanding berbuka di hotel-hotel besar.

Selain tu, berbuka di masjid ni menjadikan kita lebih merendah diri. Dengan keadaannya yang ramai, bersesak, terasa seperti sebuah perhimpunan mini di Arafah. Semuanya sama, tiada pangkat yang dibawa bersama. Hanya ketaqwaan menjadi pemisah sesama insan.


Nasi minyak berlauk ayam, berkuah kari daging, 3 biji kurma, sebiji buah lai dan sebotol air. Bekalan buat bertarawih!

Bukan nak kondem orang yang berbuka di hotel-hotel mewah. Tapi kelainan berbuka di masjid ni hanya dapat dirasai bagi mereka yang berkesempatan menghadirinya. Makanannya tidaklah terlalu mewah, tapi cukup enak dan menyelerakan. Tambahan pula dengan perut yang kosong!



Sedih juga nak tinggalkan kenangan indah ini. Hanya memori indah ini sahaja yang akan terus terpahat dalam ingatan selagi hayat dikandung badan.