Navigation


RSS : Articles / Comments


Memaparkan catatan dengan label santai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label santai. Papar semua catatan

CORETAN DALAM SEMINGGU

Ahad, Jun 14, 2009, Posted by mr. admin, No Comment

Dalam minggu ni aku agak sebuk sikit. Habis je peperiksaan di sekolah, tiba hari yang bermakna buat sebuah hubungan yang telah dijalin sekian lama. Ewah-ewah, berbunga la pulak ayat aku ni, hehe.

Malu la nak cakap. Tapi anda tengok jelah gambar kat bawah ni. Mungkin dah boleh agak kot.


Kita Hanya Mampu Menonton, OIC Hanya Mengutuk!

Minggu ni juga berlaku peristiwa sedih di Selatan Thailand. Orang kampung yang sedang bersolat ditembak satu persatu, ibarat Yahudi yang melakukan jenayah pembersihan etnik di Palestin.

Seperti biasa, kita hanya mampu melihat pada mereka yang dibunuh adalah saudara seislam kita. Bilakah kita dapat membebaskan saudara kita dari cengkaman yang telah lama merantai kemerdekaan mereka?

BI Oh BI!

Isu pengajaran Bahasa Inggeris memang tak sunyi dari polemik yang berpanjangan. Yang terbaru adalah syarat wajib lulus Bahasa Inggeris bagi pelajar yang mengambil SPM untuk dianugerah sijil penuh.

Secara peribadi aku setuju dengan cadangan ni. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Prof Emeritus Khoo kay Kim, langkah ini lebih baik berbanding dasar pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Namun, sebelum langkah ni dikuatkuasakan, kerajaan harus memperkasakan dahulu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di luar bandar.

Adalah tidak adil langkah ini terus dikuatkuasa tanpa mengkaji sedalam-dalamnya implikasi yang akan ditanggung oleh pelajar luar bandar.

Aku Dah Ditemuduga oleh SPP!
Dipanggil temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) adalah saat yang ditunggu oleh guru-guru yang baru posting. Apakan tidak, kalau tak dilantik lagi, lambat lagi la aku nak naik gred DG 41, hehehe.

Syukur, Alhamdulillah :-)

Mengantuk Ke Bang?

Isnin, Jun 01, 2009, Posted by mr. admin, No Comment


Orang mengantuk disorongkan bantal. Tapi, bila abang polis ni mengantuk, takde sapa pun yang nak sorongkan bantal. Gambar ni aku ambil dari sebuah blog. Menurut pemilik blog tu, gambar ni dirakam semasa piliharaya kecil Dun Penanti. Mungkin disebabkan kurangnya cabaran, lantas membuatkan abang polis ni tertidur agaknya :-)

Bila tengok gambar abang polis ni tertidur, teringat aku peristiwa yang hampir sama pernah berlaku kat aku. Kejadian lucu ni berlaku kira-kira 8 tahun yang lalu. Masa tu aku mengikuti Perkhemahan Asas St John Ambulance untuk maktab-maktab perguruan zon timur.

Ditakdirkan, aku ditugaskan sebagai pengawal malam. Shift aku dari pukul 3-5 pagi. Dah la siang padat dengan macam-macam aktiviti, malamnya kena berjaga la pulak. Aku ditugaskan mengawal bersama seorang lagi rakan seplatun.

Oleh kerana terlalu mengantuk, aku tertidur semasa bertugas. Tidur sambil duduk macam abang polis dalam gambar ni la! Syok punya tidur, tetiba Kem Komandan aku datang buat spot check. Apa lagi, kontai la aku malam tu. Tak pasal-pasal kena pumping 20 kali. Fuh, hilang mengantuk. Dalam hati, punyalah bengang. Kawan aku pun sama tidur gak. Dua-dualah kena denda.

Tapi, tu semua tinggal memori dalam hidupku akan terus dikenang.

Kalaulah aku sekadar ahli St John biasa boleh kena denda macam tu, apa akan jadi kat abang polis ni kalau dia pun terkantoi macam aku? Lu pikirla sendiri!

Moralnya, jujurlah dalam pekerjaan yang anda lakukan.

ONCE UPON A TIME IN CHINA

Rabu, Mei 27, 2009, Posted by mr. admin, No Comment

Minggu ni merupakan minggu peperiksaan bagi seluruh sekolah Negeri Pahang. Hari ni pulak, aku ditugaskan menjaga peperiksaan bagi kelas tingkatan 1 untuk subjek Bahasa Cina. Entah camne aku kena jaga budak-budak cina ni jawab soalan.

Tapi tak pe, aku layan je. Tengah jaga diorang jawab soalan Bahasa Cina, tetiba aku dapat idea nak buat video. Apa lagi, dengan menggunakan handphone Nokia N70, aku terus rakam aksi seorang pelajar ni.

Ok, jom layan...Yosh!

BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKAN....

Ahad, April 26, 2009, Posted by mr. admin, 3 Comments

Hari ni aku tak sebuk dengan urusan lain. Kelapangan yang ada aku penuhi dengan mengambil kesempatan ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC Kuala Lumpur. Alhamdulillah, niat nak ke sana tercapai juga setelah sekian lama terpendam.

Jalan-jalan cari buku....

Memang dah lama simpan hajat nak ke sana. Sejak aku mengetahui tentang kewujudan pesta ni masa belajar di UTM Skudai dulu. Masa tu payahlah nak pergi sebab jauh. Orang cakap, kalau nak seribu daya. Malangnya aku memang takde daya masa tu. :-)

Sekarang ni dah bertugas di Temerloh, senanglah sikit aku nak ke sana. Kalau naik bas dari Temerloh ke Kuala Lumpur hanya 2 jam sahaja. Walau bagaimanapun, aku ke sana tadi bersama seorang teman lama yang kebetulan awal-awal pagi dah bertandang ke rumah sewaku. Saja la aku buka mulut kat dia. Tak sangka pulak dia pun berminat. Ok jugak naik kereta Myvi kawan aku tu. Tak perlu aku naik bas. Terima kasih wahai kawanku :-)

Sampai di sana, orang punyalah ramai. Nak berjalan pun payah. Hampir semua galeri buku yang mengambil bahagian penuh sesak. Ni merupakan petanda baik buat industri buku negara. Elok juga kalau pesta seperti ni diadakan seperti Pikom PC Fair tu.

Kalau ikutkan hati memang nak borong sakan tadi. Tapi, disebabkan zaman recession yang melanda poketku kini, hajat tu terpaksa ditangguhkan. Memang banyak buku-buku yang menarik. Rambang mata dibuatnya. Apapun, sempat juga aku sambar dua buah buku yang benar-benar menarik untuk dijadikan bahan bacaan mengisi masa lapangku. Sebuah buku pasal politik, sebuah lagi buku motivasi. Takpelah, tahun depan kalau berkesempatan boleh borong banyak sikit.

2 buah buku yang berjaya menawan hatiku untuk memilikinya..

Ehmm, apapun sekalung penghargaan dan tahniah buat penganjur Pesta Buku Antarabangsa kali ni dalam usaha memartabatkan budaya ilmu dan membaca di kalangan rakyat Malaysai yang kurang membaca ni. Semoga tahun depan lebih meriah penganjurannya. Insyaallah, kalau ada aku nak ke sana lagi.

AKHIRNYA....

Sabtu, April 11, 2009, Posted by mr. admin, 9 Comments

Ketika menerima ijazahku dari Pro Canselor UTM

Setelah berhempas dan berpulas, akhirnya aku berjaya mencapai apa yang aku idamkan selama ini. Syukur, Alhamdulillah.

Bila pulak nak sambung Master?

Insyaallah, bila dah selesai langkah seterusnya dalam hidup aku. Mestilah nak sambung lagi, sementara momentum belajar masih ada ni.

Aku melangkah turun dari stage. Insyaallah, aku akan naik lagi ke stage seperti ini untuk menerima master ku pula..

MICHEAL JACKSON MASUK ISLAM?

Sabtu, November 22, 2008, Posted by mr. admin, 4 Comments


Troubled pop star Michael Jackson has converted to Islam and changed his name to Mikaeel.
Jackson, 50, was dressed in the Islamic garb as he pledged his allegiance to the Koran at a friend's house in Los Angeles. He sat on the floor as an Imam was called to officiate the ceremony... baca seterusnya.

Entahlah, saya pun tak pasti kesahihan berita ni. Kalau anda nak kepastian, silalah baca artikel asal cerita ni. Klik di sini untuk membaca artikel tersebut.

Jika benar seperti yang dikata, kita harus mengucapkan syukur kehadrat Allah kerana telah membuka pintu hidayah buat insan yang popular seperti ini. Mana tahu, satu hari nanti Micheal Jackson akan bersama satu pentas dengan Yusoff Islam menyampaikan dakwah. Tak mustahil jika Allah mahukan semua ini berlaku kerana Dia maha berkuasa.

Harapan kita, biarlah lebih ramai selebriti-selebriti barat menerima hidayah dari Allah. Alangkah indahnya andai insan-insan seperti Mariah Carey, Brad Pitt dan lain-lain mengikut jejak langkah Yusoff Islam. Kalau Mariah Carey masuk Islam, dia nak pakai nama apa ye? Siti Mariam kot? :-)

Artis Malaysia macam mana?