Setelah hampir 7 tahun dasar 'sesat' yang diperkenalkan oleh KPM ketika era Tun Mahathir dilaksanakan, akhirnya kerajaan telah mengambil langkah 'pulang semula ke pangkal jalan. Ramai yang mengurut dada, sambil melafazkan kesyukuran atas keputusan yang bijak ini walaupun agak terlambat.
Aku sendiri pernah menyuarakan isi hatiku tentang Dasar PPSMI ini melalui dua artikel yang pernah tersiar dalam blog ni iaitu :
PPSMI : Dasar Pelajaran Yang Ditentang
Tak Perlu Kaji Mansuh Jer Terus!
Memang ramai yang sokong langkah nak perkasakan lagi penguasaan BI di kalangan pelajar. Tak perlulah menggadaikan Math dan Sains. Alangkah baiknya jika langkah menambahkan jumlah waktu pengajaran dan pembelajaran BI dilakukan sebelum dasar PPSMI ni diperkenalkan. Begitu juga dengan langkah nak tambah bilangan guru yang berkelayakan. Tak siapa nak halang. Malah, disokongnya pula!
Tapi apa nak kata. Oleh kerana nak ikut kepala otak yang seorang tu dulu, langkah yang sepatutnya diambil, dibuat-buat tak nampak walaupun hati berkata 'oh, tidakkkkk!'
Aku sokong langkah kerajaan kali ni! Walaupun agak lama nak tunggu dasar mengarut ni dimansuhkan pada 2012. Sepatutnya awal tahun depan dah diterajang dasar tu jauh-jauh!
Memaparkan catatan dengan label pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pendidikan. Papar semua catatan
SELAMAT HARI GURU!
Sabtu, Mei 16, 2009, Posted by mr. admin, 2 Comments
Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik sekalian. Semoga terus gigih mendidik anak bangsa di zaman yang penuh cabaran ini.Dari malam tadi aku tak putus-putus menerima ucapan hari guru melalui SMS. Ada dalam ucapan biasa, ada dalam bentuk pantun dan ada dalam gurindam. Kreatiflah orang yang mereka cipta ucapan ni. Antaranya :
Selamat pagi cikgu, selamat sejahtera cikgu, good morning sir/teacher, ungkapan harian seorang guru, beri resipi bentuk insan mulia, curah tenaga itu dan ini, silap2 cikgu jadi tajuk utama, buat macam2 kerja, ptk,ladap, s/u,meeting, arahan, kursus, PIBG, jaga murid sakit, APC tu biasalah. Apapun itulah cikgu, C-cari, I-insan, K-kreatif, G-gemilang, U-ulung. So, jadilah cikgu yang dedikasi (Panjang sungguh ucapan ni, hehehe)
GURU...dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawanya ada mesra, dalam diamnya ada bijak sana, dalam tangannya kita terbina. Berbahagialah menjadi guru..Selamat Hari Guru.
Ingatkan campak rupanya jerawat batu, ngajar bagai nak rak, murid buat tak tahu, ras macam nak sepak takut kena serbu. Banyaklah bersabar. Kita ni kan CIKGU...
Banyak lagi sebenarnya. Ni sebahagian yang sempat aku taipkan kat sini. Apapun, terima kasih atas ingatan kalian. Selamat Hari Guru..
PPSMI: DASAR PELAJARAN YANG DITENTANG!
Sabtu, Mac 07, 2009, Posted by mr. admin, 2 Comments

Rasanya semua telah sedia maklum tentang Dasar PPSMI ni. Saya sendiri pernah mengutarakan isu ni dalam blog ni. Sila klik di sini untu membaca.
Kemuncak penentangannya adalah hari ni, apabila diadakan perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur membantah perlaksanaan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris!
Dari awal ianya nak dilaksanakan, sudah ramai yang tak setuju. Tapi nak jugak diikut kepala karat sorang dua pemimpin. Hasilnya, apa yang kita dapat. Ramai di kalangan anak-anak bangsa, terutamanya orang Melayu, masyarakat peribumi orang asli, kaum minoriti di Sabah dan Sarawak mulai keciciran dalam Matematik dan Sains.
Bagi yang berada di kawasan bandar, tak terasa sangat implikasi dasar ni. Sebab di sana pelbagai kemudahan boleh diperolehi seperti tuisyen dan sebagainya.
Dah berbuih mulut orang cakap dasar ni tak betul. Payah sangat pemimpin-pemimpin nak faham, ambik ni! Demontrasi besar-besaran..
DIALAH SEORANG MB...
Jumaat, Disember 12, 2008, Posted by mr. admin, 13 Comments
Presiden Kesatuan Eropah,Marc Barety melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz di negeri Kelantan. Beliau berkata demikian, ketika mengetuai seramai 14 peserta lawatan sambil belajar terdiri daripada Duta dan wakil kesatuan Eropah (EU) yang berkunjung ke negeri Kelantan baru-baru ini...baca selanjutnya.
Beliau hanya dipanggil 'Nik Aziz' oleh musuh politiknya. Tak kiralah sama ada musuh itu berada diperingkat tertinggi parti atau hanya di peringkat akar umbi sahaja. Bagi kita menyanjunginya, gelaran 'Nik Aziz' tidak sepadan dengan ketinggian ilmu dan kewarakan yang dimiliki. Maka, sebagai pengiktirafan kita menggelarkannya Tok Guru atau Tuan Guru Nik Aziz walaupun panggilan itu tidak pernah diminta oleh insan sezuhudnya.
Buat mereka yang telah mengenalinya secara rapat, apatah lagi yang menyokong kuat pentadbiran yang diterajui oleh Ulamak tersohor ini, pengiktirafan telah lama diberikan secara ikhlas nun jauh disudut hati. Dengan perwatakannya yang zuhud, lemah lembut tapi tegas, ucapannya sedap didengar walaupun terkadang tajam bak belati, maka tiada lagi pengiktirafan paling tinggi yang wajar diberikan hanyalah dengan menggelarkannya dengan panggilan 'Tok Guru'. Kalau di Iran mungkin beliau setaraf 'Ayatollah-ayatollah' walaupun perbandingan itu tak cocok bagi kita yang menganuti fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Melihat kepada gaya hidupnya, cara beliau berpakaian, tak siapa pun menyangka itulah Menteri Besar Kelantan yang telah 18 tahun mentadbir Negeri Cik Siti Wan Kembang. Pergilah ke rumahnya di Pulau Melaka, Kelantan. Penulis sendiri telah ke sana ketika belajar di Kuala Terengganu dahulu. Hampir menitis air mata bila melihat rumah papan yang terbina bersebelah dengan masjid. Tiada pagar indah yang menghiasi pintu masuk ke kediamannya. Apatah lagi lampu neon yang bergemerlapan, tentu jauh sekali. Kadang-kala, dipinggir tangga rumah Tok Guru, kelihatan ayam itik tumpang bertenggek. Tak ada pengawal yang menghalaunya.
Hari ini Lim Guan Eng baru bercakap pasal Khalifah Umar Ibnu Aziz, salah seorang Khalifah terulung pada era pemerintahan Bani Umaiyyah. Tanpa kita sedar, kita telah lama memiliki seorang pemimpin yang seakan-akan Umar Ibnu Aziz walaupun sukar untuk dibandingkan keduanya. Namun, apa yang jelas terpampang di depan mata dan apa yang terkisah dalam helaian-helaian sejarah lama, cara hidup Tok Guru Nik Aziz saling tak tumpah seperti Umar Ibnu Aziz. Kenapa kita tak dapat melihatnya?
Walau apapun penghinaan yang diberikan kepada beliau oleh Mantan Perdana Menteri satu ketika dulu, namun dialah tetap Tok Guru yang disanjungi. Bukan berniat untuk mendewa-dewakan sesama insan, penulisan ini digarap untuk menyatakan sokongan kepada seorang tokoh yang banyak berjasa sama ada dari segi ilmu agama ataupun dalam bentuk pemerintahan. Walaupun sesetengah pihak mendakwa Kerajaan Tok Guru tak buat apa-apa sepanjang pemerintahannya. Tak salah rasanya menyebarluaskan sesuatu kebaikan untuk dimanfaatkan oleh insan lain.
Nah, hari ini Tok Guru kita menerima pengiktirafan lagi.Kalau tak percaya, bacalah di sini.
Semoga Allah melanjutkan usia Tok Guru dan terus memimpin, bukan sahaja untuk rakyat Kelantan, kalau boleh untuk satu Malaysia tercinta ini! Insyaallah..
TAK PERLU KAJI, MANSUH JER TERUS!
Khamis, November 13, 2008, Posted by mr. admin, 4 Comments
MIRI: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) esok akan menjadi salah satu faktor penentu Kementerian Pelajaran untuk memutuskan sama ada meneruskan pengajaran subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.Saya bukanlah orang yang berautoriti untuk bercakap soal mansuh atau tidak dasar pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris ni. Tapi saya suka bercakap berdasarkan kepada realiti yang sebenarnya.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, berkata kementerian akan mengambil kira keputusan itu dengan faktor lain sebelum membuat keputusan muktamad mengenai pengajaran subjek tersebut dalam bahasa Inggeris...selanjutnya
Memang diakui, penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar Melayu khususnya sangat mendukacitaka. Dari segi prinsip, saya amat setuju langkah untuk memperkasakan kemahiran berbahasa Inggeris dilaksanakan di kalangan pelajar. Sapa tak setuju benda baik. Ajarlah bahasa apa pun. Arab ke, Perancis ke hatta Bahasa Kenya sekalipun!
Tapi yang saya pertikaikan adalah kaedah yang digunakan. Bukan saya saja yang kata, malah ramai pakar-pakar dalam bidang pendidikan mempertikai langkah ini dalam beberapa kongres yang diadakan.
Entah, saya sendiri pun tak nampak hubungan yang signifikan dengan mengajar Math dan Sains dalam Bahasa Inggeris untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Tak taula kalau anda nampak!
Sepatutnya, mata pelajaran Bahasa Inggeris tu yang perlu ditekankan terutama dari segi metodologi pengajarannya. Tak cukup waktu dalam kelas, tambahkan jadualnya dalam kelas-kelas tambahan.
Saya mempunyai pengalaman mengajar Math dalam Bahasa Inggeris di sebuah sekolah terletak di pendalaman Negeri Pahang. Sudahlah Math dan Sains ni jadi subject killer, lepas tu ajar pulak dalam Bahasa Inggeris. Bertambah beban otak pelajar nak faham.
Matematik terutamanya, kaedah pengajarannya sepatut dipermudahkan agar otak dapat berfikir dengan pantas. Bila dah guna Bahasa Inggeris, secara automatik otak kita terpaksa bekerja dua kali. Pertama memahami ayat, kedua menyelesaikan masalah! Kalau tak percaya, cuba anda jawab soalan ini:
There are 10 marbles in the basket. Half of the marbles are red colour and the left are white colour. How many marbles in the basket are white colour?Apa macam? Tu baru soalan aras aplikasi untuk budak tahap satu. Nampak tak? Pertama nak kena translate, lepas tu baru nak kena selesaikan. Begitulah, betapa terbebannya otak pelajar-pelajar. Sampai ada yang tension nak belajar Math dan Sains sehingga mendatangkan fobia.
Jadi, tak perlulah nak kaji panjang-panjang. Jawapan kepada persoalan 'boleh terus atau tidak' dah lama terjawab sebelum ia dilaksanakan lagi!

