Navigation


RSS : Articles / Comments


BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKAN....

Ahad, April 26, 2009, Posted by mr. admin, 3 Comments

Hari ni aku tak sebuk dengan urusan lain. Kelapangan yang ada aku penuhi dengan mengambil kesempatan ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC Kuala Lumpur. Alhamdulillah, niat nak ke sana tercapai juga setelah sekian lama terpendam.

Jalan-jalan cari buku....

Memang dah lama simpan hajat nak ke sana. Sejak aku mengetahui tentang kewujudan pesta ni masa belajar di UTM Skudai dulu. Masa tu payahlah nak pergi sebab jauh. Orang cakap, kalau nak seribu daya. Malangnya aku memang takde daya masa tu. :-)

Sekarang ni dah bertugas di Temerloh, senanglah sikit aku nak ke sana. Kalau naik bas dari Temerloh ke Kuala Lumpur hanya 2 jam sahaja. Walau bagaimanapun, aku ke sana tadi bersama seorang teman lama yang kebetulan awal-awal pagi dah bertandang ke rumah sewaku. Saja la aku buka mulut kat dia. Tak sangka pulak dia pun berminat. Ok jugak naik kereta Myvi kawan aku tu. Tak perlu aku naik bas. Terima kasih wahai kawanku :-)

Sampai di sana, orang punyalah ramai. Nak berjalan pun payah. Hampir semua galeri buku yang mengambil bahagian penuh sesak. Ni merupakan petanda baik buat industri buku negara. Elok juga kalau pesta seperti ni diadakan seperti Pikom PC Fair tu.

Kalau ikutkan hati memang nak borong sakan tadi. Tapi, disebabkan zaman recession yang melanda poketku kini, hajat tu terpaksa ditangguhkan. Memang banyak buku-buku yang menarik. Rambang mata dibuatnya. Apapun, sempat juga aku sambar dua buah buku yang benar-benar menarik untuk dijadikan bahan bacaan mengisi masa lapangku. Sebuah buku pasal politik, sebuah lagi buku motivasi. Takpelah, tahun depan kalau berkesempatan boleh borong banyak sikit.

2 buah buku yang berjaya menawan hatiku untuk memilikinya..

Ehmm, apapun sekalung penghargaan dan tahniah buat penganjur Pesta Buku Antarabangsa kali ni dalam usaha memartabatkan budaya ilmu dan membaca di kalangan rakyat Malaysai yang kurang membaca ni. Semoga tahun depan lebih meriah penganjurannya. Insyaallah, kalau ada aku nak ke sana lagi.

ARGH! DROGBA LAGI!

Ahad, April 19, 2009, Posted by mr. admin, No Comment

Huhuhu, malam yang menyedihkan buat semua peminat Arsenal termasuklah aku. Kalahnya pasukan yang selama ni aku minati sejak Zaman Tony Adam kepada Chelsea. Oh, tidak!

Ah, Drogba lagi yang jadi pemusnah impian melihat Arsenal ke final FA Cup kali ni. Jaringan lewatnya sudah cukup membuatkan Arsenal gigit jari lagi.


Aku taklah pandai sangat nak ulas bab bola ni. Tau tengok saja. Tapi, dari permainan malam tadi, aku rasa percaturan Pak Cik Wenger memang salah dan langsung tak menjadi . Terutama di bahagian midfield. Tak sepatutnya Diaby diletakkan dalam kesebelasan utama kerana malam tadi dia banyak kehilangan bola. Kemasukkan lewat Arshavin dan Nasri tak dapat merubah keadaan kerana sudah terlewat.

Apapun, Chelsea memang berhak memenangi perlawanan malam tadi hasil kesilapan tektikal Arsenal. Mereka bijak mengambil peluang atas kesilapan ini walaupun Arsenal berjaya mendahului melalui jaringan Walcott.

Ehm, skripnya hampir sama seperti Final Carling Cup dulu. Arsenal mendahului melalui Walcott, tetapi akhirnya tumpas.

Nak baca ulasan lebih menarik? Aku pun tak reti nak ulas panjang-panjang. Bacalah ulasan kawan 'se-arsenal' aku ni.

BAS OH BAS!

Selasa, April 14, 2009, Posted by mr. admin, 2 Comments

Malang memang tak berbau. Kalau ada bau kan senang. Tak kisahlah walaupun baunya macam belacan ke, tempoyak ke. Tapi tu la hakikatnya, malang memang tak ada bau.

6 orang maut sekelip mata bila malang yang gagal dikesan melalui bau itu menimpa mereka. Khabarnya, bas ekspress tu dipandu laju dan pemandunya pula ada 8 rekod saman kerana memandu laju.

Malang...Bas yang terlibat dalam kemalangan semalam (Sumber :Berita Harian)

Aku sendiri pernah mengalami kemalangan ketika menaiki bas. Masa tu, aku dalam perjalanan pulang dari Kedah ke UTM Skudai setelah bercuti selama seminggu di kampung. Bas yang aku naik tu diberi nama ' Ekspress Bandar'. Kejadian ni berlaku pada bulan 8, 2005. Yakni, tahun pertama aku di UTM.

Perjalanan pada malam tu pada mulanya dikira okla. Seat aku sepatutnya di belakang. Tapi entah macam mana, aku diminta duduk di hadapan, di tempat pemandu kedua. Ai, tak kan aku kena jadi pemandu kedua plak? Aku hanya memiliki lesen motor dan kereta je, hohoho.

Yang menjadi tanda tanya, ke manakah pemandu kedua? Argh, aku peduli apa, janji sampai.

Aku terlelap dalam perjalanan tu. Tiba-tiba badan aku terasa bergancang dengan kuat, dan menyebabkan aku terjatuh ke atas lantai bas. Ia membuatkan aku terus tersedar dan apabila membuka mata, aku rasa dan aku nampak bas yang aku naik tu terhoyong-hanyang. Aku pula duduk di hadapan, memang nampak dengan jelas bas yang aku naiki tu menghentam divider!

Waktu tu, takut rasa nyawa dihujung tanduk jer. Mujur, beberapa saat selepas tu, bas pun terhenti. Terdengar suara budak kecil menjerit dan menangis. Seorang penumpang di sebelah aku pula berdarah pada hidungnya apabila terhentak dengan objek keras. Aku tak mengalami apa-apa kecederaan, syukur!

Bila aku turun dari bas tu, aku tengok di hadapan bas remok. Agak teruk jugalah sehingga pintu tak dapat dibuka. Aku hanya dapat meloloskan diri melalui pintu pemandu sahaja.

Dari perbualan yang aku dengar, ada yang kata pemandunya mengantuk. Aku rasa tak mustahil, sebab dari Kedah sehingga ke tempat kejadian, hanya pemandu yang sama sahaja. Kalau tak silap, tempat kejadian tu berhampiran susur ke luar Seremban, Highway Plus.

Tak lama selepas tu, beberapa buah bas ekpress yang lain berhenti memberi pertolongan. Ada yang menawarkan tempat duduk untuk perjalanan menuju ke Skudai. Tanpa fikir panjang, aku terus sambar je. Apa yang berlaku pada bas yang aku naiki sebelum tu tak aku ketahui lagi.

Syukur, aku tak ada apa-apa. Kalau la tidak, mungkin aku tak berkesempatan menghadiri Konvokesyen UTM ke-42.

Lepas kejadian tu, aku agak fobia naik bas. Walaupun rasa takut-takut je nak naik bas, tapi terpaksa aku gagahi jua kerana tak ada pilihan. Cuma setiap kali nak balik kampung, aku akan cuba cari perjalanan waktu siang. Kerana waktu siang, mata lebih 'cerah'. Lagi satu, bas yang aku pilih adalah Transnasional atau Mara Liner kerana bagi aku, kedua-dua syarikat bas ini mempunyai displin yang agak baik berbanding syarikat bas lain.

Kesimpulannya, rancanglah perjalanan. Anda mampu mangubahnya!

AKHIRNYA....

Sabtu, April 11, 2009, Posted by mr. admin, 9 Comments

Ketika menerima ijazahku dari Pro Canselor UTM

Setelah berhempas dan berpulas, akhirnya aku berjaya mencapai apa yang aku idamkan selama ini. Syukur, Alhamdulillah.

Bila pulak nak sambung Master?

Insyaallah, bila dah selesai langkah seterusnya dalam hidup aku. Mestilah nak sambung lagi, sementara momentum belajar masih ada ni.

Aku melangkah turun dari stage. Insyaallah, aku akan naik lagi ke stage seperti ini untuk menerima master ku pula..

AL-QURAN UNTUK MELAYU SAHAJA?

Jumaat, April 10, 2009, Posted by mr. admin, One Comment

Adakah Al-Quran diturunkan hanya untuk Melayu sahaja? Kenapa harus terhina apabila ada non-muslim menggunakan dalil Al-Quran sebagai panduan? Sepatutnya, sebagai seorang muslim, kita harus berlapang dada kerana tindakkan orang bukan Islam menjadikan Al-Quran sebagai rujukan, bukan kitab-kitab agama lain.

Ini tidak, segala macam laporan dibuat konon-kononnya 'prihatin' dengan agama. Pooooorah! Nga Kor Ming ceramah guna Al-Quran hangpa kalut, yang dok tolak Al-Quran sebagai asas perundangan hangpa tak kata apa pun! Huh, jangan jadi munafiq!

Kalau rasa terhina, cuba baca sikit artikel ni. Sila klik kat sini.

Sambil tu, sudi-sudilah baca surat terbuka Tok Guru Nik Aziz kepada YB Nga Kor Ming:

13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera

Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.” Baca selanjutnya di sini.

ORANG KITA KEMARUK SEKS?!

Sabtu, April 04, 2009, Posted by mr. admin, 2 Comments

Apakah orang gila dah ramai yang gila? Gila apa? Gila seks! Kalau tak percaya, bacalah petikan di bawah ni.

KUALA LUMPUR: Kes rogol di negara ini tahun lalu meningkat hampir 300 peratus dari jumlah kes pada 2007, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung. Beliau berkata, jumlah kes rogol yang dilaporkan di seluruh negara pada tahun lalu ialah 4,959 kes berbanding 1,241 kes pada 2007.

“Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 3,718 kes atau 299.6 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Bagaimanapun, jumlah suspek yang berjaya ditahan pada tahun lalu seramai 4,770 orang berbanding 4,586 pada 2007. Baca selanjutnya di sini!

Apa sebabnya? Mungkin ini sebabnya! Klik di sini kalau nak tahu.

Apa nak jadi? Astaghfirullah...