Navigation


RSS : Articles / Comments


BAS OH BAS!

Selasa, April 14, 2009, Posted by mr. admin, 2 Comments

Malang memang tak berbau. Kalau ada bau kan senang. Tak kisahlah walaupun baunya macam belacan ke, tempoyak ke. Tapi tu la hakikatnya, malang memang tak ada bau.

6 orang maut sekelip mata bila malang yang gagal dikesan melalui bau itu menimpa mereka. Khabarnya, bas ekspress tu dipandu laju dan pemandunya pula ada 8 rekod saman kerana memandu laju.

Malang...Bas yang terlibat dalam kemalangan semalam (Sumber :Berita Harian)

Aku sendiri pernah mengalami kemalangan ketika menaiki bas. Masa tu, aku dalam perjalanan pulang dari Kedah ke UTM Skudai setelah bercuti selama seminggu di kampung. Bas yang aku naik tu diberi nama ' Ekspress Bandar'. Kejadian ni berlaku pada bulan 8, 2005. Yakni, tahun pertama aku di UTM.

Perjalanan pada malam tu pada mulanya dikira okla. Seat aku sepatutnya di belakang. Tapi entah macam mana, aku diminta duduk di hadapan, di tempat pemandu kedua. Ai, tak kan aku kena jadi pemandu kedua plak? Aku hanya memiliki lesen motor dan kereta je, hohoho.

Yang menjadi tanda tanya, ke manakah pemandu kedua? Argh, aku peduli apa, janji sampai.

Aku terlelap dalam perjalanan tu. Tiba-tiba badan aku terasa bergancang dengan kuat, dan menyebabkan aku terjatuh ke atas lantai bas. Ia membuatkan aku terus tersedar dan apabila membuka mata, aku rasa dan aku nampak bas yang aku naik tu terhoyong-hanyang. Aku pula duduk di hadapan, memang nampak dengan jelas bas yang aku naiki tu menghentam divider!

Waktu tu, takut rasa nyawa dihujung tanduk jer. Mujur, beberapa saat selepas tu, bas pun terhenti. Terdengar suara budak kecil menjerit dan menangis. Seorang penumpang di sebelah aku pula berdarah pada hidungnya apabila terhentak dengan objek keras. Aku tak mengalami apa-apa kecederaan, syukur!

Bila aku turun dari bas tu, aku tengok di hadapan bas remok. Agak teruk jugalah sehingga pintu tak dapat dibuka. Aku hanya dapat meloloskan diri melalui pintu pemandu sahaja.

Dari perbualan yang aku dengar, ada yang kata pemandunya mengantuk. Aku rasa tak mustahil, sebab dari Kedah sehingga ke tempat kejadian, hanya pemandu yang sama sahaja. Kalau tak silap, tempat kejadian tu berhampiran susur ke luar Seremban, Highway Plus.

Tak lama selepas tu, beberapa buah bas ekpress yang lain berhenti memberi pertolongan. Ada yang menawarkan tempat duduk untuk perjalanan menuju ke Skudai. Tanpa fikir panjang, aku terus sambar je. Apa yang berlaku pada bas yang aku naiki sebelum tu tak aku ketahui lagi.

Syukur, aku tak ada apa-apa. Kalau la tidak, mungkin aku tak berkesempatan menghadiri Konvokesyen UTM ke-42.

Lepas kejadian tu, aku agak fobia naik bas. Walaupun rasa takut-takut je nak naik bas, tapi terpaksa aku gagahi jua kerana tak ada pilihan. Cuma setiap kali nak balik kampung, aku akan cuba cari perjalanan waktu siang. Kerana waktu siang, mata lebih 'cerah'. Lagi satu, bas yang aku pilih adalah Transnasional atau Mara Liner kerana bagi aku, kedua-dua syarikat bas ini mempunyai displin yang agak baik berbanding syarikat bas lain.

Kesimpulannya, rancanglah perjalanan. Anda mampu mangubahnya!

2 Comments

~ cikLisLas ~ @ 17 April 2009 pada 6:16 PTG

ko jgn la ckp mcm..esok n lusa(sabtu n ahad)aku n geng2 skbg g cuti2 msia ke cameron hghlands nie...rmbgan sk!DOAKAN KAMI SLMT ERK!

zuhairy @ 18 April 2009 pada 1:58 PG

ok, aku doakan selamat semuanya