Navigation


RSS : Articles / Comments


PENGHARAMAN YOGA KE ATAS ORANG ISLAM

Ahad, November 23, 2008, Posted by mr. admin, One Comment

PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, mengharamkan umat Islam mengamalkan senaman yoga yang dilakukan secara sistematik dan menyeluruh kerana bertentangan dengan syariat Islam serta boleh memesongkan akidah mereka. Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata senaman yoga berasal daripada masyarakat Hindu menggabungkan tiga unsur, iaitu amalan fizikal (senaman), keagamaan serta mantera pemujaan bagi mendapatkan ketenangan, manakala kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan, yang boleh merosakkan akidah umat Islam...baca seterusnya.
Setelah tertangguh beberapa ketika, akhirnya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan hukum mengatakan haram untuk umat Islam mengamalkan senaman yoga. Harapan saya nanti, janganlah pula ada suara-suara sumbang yang nak mempertikaikan keputusan ini. Yang haram, tetaplah haram!

Saya yakin, keputusan ini dibuat adalah untuk menjaga aqidah umat Islam dari tercemar dengan amalan-amalan yang boleh merosakkannya. Jadi, bagi mereka yang bukan beragama Islam, anda bebas melakukan apa juga aktiviti mengikut kepercayaan agama masing-masing.

"La, kami cuma senaman je. Bukan nak sembah tokong."

Mungkin kita akan terdengar rungutan seperti ini. Kita kena faham, di antara perkara-perkara yang akan menjejaskan aqidah sebagai umat Islam adalah melalui perbuatan, percakapan dan iktikad. Ini adalah perkara asas yang perlu kita ketahui. Seingat saya, perkara ni telah diajarkan kepada saya semasa sekolah rendah lagi.

Lagipun, banyak lagi senaman yang boleh kita lakukan untuk menjaga kesihatan. Berjoging ke, main bola jaring ke. Nak senamrobik sorang-sorang dalam rumah pun boleh! Takkan kerana tak boleh buat senaman Yoga boleh mati kot?

Begitulah juga dengan hukum pengkid yang difatwakan haram tidak beberapa lama dulu. Malangnya, ada jugak yang berani memprotes. Saya bukanlah pakar sangat dalam syariah ni. Tapi sebelum fatwa dikeluarkan tentang pengkid ni, saya dah agak ianya haram. Ini kerana, saya pernah terbaca dalam sebuah hadis yang mengatakan Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.

Sekadar hiasan: Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, bertafakur dan meletak kalungan bunga di Tugu Negara juga adalah haram. Tak kiralah siapa juga yang melakukannya!

MICHEAL JACKSON MASUK ISLAM?

Sabtu, November 22, 2008, Posted by mr. admin, 4 Comments


Troubled pop star Michael Jackson has converted to Islam and changed his name to Mikaeel.
Jackson, 50, was dressed in the Islamic garb as he pledged his allegiance to the Koran at a friend's house in Los Angeles. He sat on the floor as an Imam was called to officiate the ceremony... baca seterusnya.

Entahlah, saya pun tak pasti kesahihan berita ni. Kalau anda nak kepastian, silalah baca artikel asal cerita ni. Klik di sini untuk membaca artikel tersebut.

Jika benar seperti yang dikata, kita harus mengucapkan syukur kehadrat Allah kerana telah membuka pintu hidayah buat insan yang popular seperti ini. Mana tahu, satu hari nanti Micheal Jackson akan bersama satu pentas dengan Yusoff Islam menyampaikan dakwah. Tak mustahil jika Allah mahukan semua ini berlaku kerana Dia maha berkuasa.

Harapan kita, biarlah lebih ramai selebriti-selebriti barat menerima hidayah dari Allah. Alangkah indahnya andai insan-insan seperti Mariah Carey, Brad Pitt dan lain-lain mengikut jejak langkah Yusoff Islam. Kalau Mariah Carey masuk Islam, dia nak pakai nama apa ye? Siti Mariam kot? :-)

Artis Malaysia macam mana?

NAK BAGI KE TAK?

Khamis, November 20, 2008, Posted by mr. admin, 3 Comments

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Pengguna kenderaan persendirian Kelas 1 yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Elite dari 12 tengah malam hingga 7 pagi akan menerima diskaun tol 10 peratus untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari tahun depan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, selain itu, diskaun tambahan 10 peratus juga akan turut diberikan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas dalam tempoh dan waktu yang sama...selanjutnya.

Tol turun?! Wah, bestnyer. Ringanla sikit beban pengguna lebuhraya. Tapi....

Dengar berita camni memang sungguh 'merdu' iramanya. Tapi bila selidik lebih dalam tak ke mana jugak. Pi mai pi mai tang tu jugak! Terutama orang macam aku yang tak suka drive tengah-tengah malam buta.

Ingatkan boleh la nak seronok sikit bila dah dengar khabar nak turun harga tol. Harapan hanya tinggal harapan jelah nampak gayanya. Oh, Malaysiaku...Aku tertipu lagi! Tapi dalam surat khabar, punyalah gah berita ni. Duk muka depan sekali. Tak percaya, tengokla Utusan Meloya!

Dengan hanya diskaun 10% yang akan diberikan pada jam 12 tengah malam hingga 7 pagi, aku rasa macam tak berbaloi. Kalau RM10, baru kurang RM1.

Huh, memang tak praktikal langsung! Macam tak mau bagi jer..

Lain-lain artikel untuk dibaca:

Plus bermurah hati
Diskaun Plus tak ikhlas
Diskaun tol 10 peratus
Plus cuba bodohkan rakyat

TAK PERLU KAJI, MANSUH JER TERUS!

Khamis, November 13, 2008, Posted by mr. admin, 4 Comments

MIRI: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) esok akan menjadi salah satu faktor penentu Kementerian Pelajaran untuk memutuskan sama ada meneruskan pengajaran subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, berkata kementerian akan mengambil kira keputusan itu dengan faktor lain sebelum membuat keputusan muktamad mengenai pengajaran subjek tersebut dalam bahasa Inggeris...selanjutnya
Saya bukanlah orang yang berautoriti untuk bercakap soal mansuh atau tidak dasar pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris ni. Tapi saya suka bercakap berdasarkan kepada realiti yang sebenarnya.

Memang diakui, penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar Melayu khususnya sangat mendukacitaka. Dari segi prinsip, saya amat setuju langkah untuk memperkasakan kemahiran berbahasa Inggeris dilaksanakan di kalangan pelajar. Sapa tak setuju benda baik. Ajarlah bahasa apa pun. Arab ke, Perancis ke hatta Bahasa Kenya sekalipun!

Tapi yang saya pertikaikan adalah kaedah yang digunakan. Bukan saya saja yang kata, malah ramai pakar-pakar dalam bidang pendidikan mempertikai langkah ini dalam beberapa kongres yang diadakan.

Entah, saya sendiri pun tak nampak hubungan yang signifikan dengan mengajar Math dan Sains dalam Bahasa Inggeris untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Tak taula kalau anda nampak!

Sepatutnya, mata pelajaran Bahasa Inggeris tu yang perlu ditekankan terutama dari segi metodologi pengajarannya. Tak cukup waktu dalam kelas, tambahkan jadualnya dalam kelas-kelas tambahan.

Saya mempunyai pengalaman mengajar Math dalam Bahasa Inggeris di sebuah sekolah terletak di pendalaman Negeri Pahang. Sudahlah Math dan Sains ni jadi subject killer, lepas tu ajar pulak dalam Bahasa Inggeris. Bertambah beban otak pelajar nak faham.

Ops! ni bukan gambar saya masa ajar Math ye, hoho.

Matematik terutamanya, kaedah pengajarannya sepatut dipermudahkan agar otak dapat berfikir dengan pantas. Bila dah guna Bahasa Inggeris, secara automatik otak kita terpaksa bekerja dua kali. Pertama memahami ayat, kedua menyelesaikan masalah! Kalau tak percaya, cuba anda jawab soalan ini:

There are 10 marbles in the basket. Half of the marbles are red colour and the left are white colour. How many marbles in the basket are white colour?
Apa macam? Tu baru soalan aras aplikasi untuk budak tahap satu. Nampak tak? Pertama nak kena translate, lepas tu baru nak kena selesaikan. Begitulah, betapa terbebannya otak pelajar-pelajar. Sampai ada yang tension nak belajar Math dan Sains sehingga mendatangkan fobia.

Jadi, tak perlulah nak kaji panjang-panjang. Jawapan kepada persoalan 'boleh terus atau tidak' dah lama terjawab sebelum ia dilaksanakan lagi!

NVG MELETUP: MANA SILAPNYA?

Ahad, November 09, 2008, Posted by mr. admin, One Comment


"NGV meletup? Camtula orang kita...Pandai tak bertempat." "Ala, nak jadi Mc. Gyver lah tuuu.."

Mungkin begitulah persepsi segelintir di kalangan kita apabila memberi reaksi terhadap kejadian tangki gas NGV meletup di Melaka. Terpulanglah jika anda juga mempunyai persepsi sedemikian. Namun, saya lebih melihat situasi ini dari sudut berbeza. Saya rasa kita tak boleh samakan kejadian ini dengan situasi mat rempit yang terlajak terer lebih daripada Jepun tu. Atau budak-budak kampung yang pakar dalam aktiviti membuat meriam ala Taliban.

Ini kerana, mat rempit dan 'pakar letupan' tu bijak dalam situasi mencari hiburan dan keseronokan. Manakala dalam kes NGV meletup ini, si pembuatnya lebih kepada daya usahanya untuk menyelesaikan masalah untuk mengurangkan kos bahan api yang mahal di negara kita, walaupun diperingkat global harga sudah mulai merudum. Ya, siapa tahu mangsa yang terlibat merupakan seorang peniaga yang bekerja untuk mencari nafkah hidup bagi tujuan menyara diri?

Kita perlu ingat, kos pemasangan NGV untuk sebuah kenderaan mencecah ribuan ringgit. Kalau tak silap, paling kurang pun dalam RM2000 siap dengan upahnya. Tu tak masuk lagi kos nak ke Puspakom. Bayangkan dengan jumlah yang sebanyak itu, ia pasti mendatangkan beban bukan sedikit bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Kos untuk setiap kali mengisi NGV memang murah berganda-ganda berbanding petrol atau diesel. Dengan menukar penggunaan petrol kepada NGV merupakan satu langkah bijak untuk jangka masa panjang. Tapi, kos pemasangannya tu membuatkan kita terkedu!

Dengan segala macam kos kehidupan yang dah meningkat sekarang, maka wujudlah individu yang cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan cara sendiri. Dah nak tukar secara 'sah' agak mahal, gunalah tong gas memasak. Murah la sikit kot.

Saya biasa membeli sebiji tong gas yang berisi dengan harga RM70. Tapi dulu la, sebelum Pak Lah jadi PM. Sekarang ni, tak tau la pulak. Ok, katakan tong gas tu dah jadi RM90 sekarang ni. Campur dengan lain-lain kos hos, upah dan lain-lain, mungkin harganya lebih kurang RM800. (Andaian saya sahaja).

Nak banding RM800 dengan RM2000 memang jauh berbeza. Baki lagi RM1200 tu boleh buat macam-macam. Walaupun tak boleh ditebus dengan nyawa, tapi besar rahmatnya bagi golongan yang berpendapatan rendah.

Saya yakin, mangsa mungkin tak tau kesan menukar tangki gas tersebut. Kalau dia tahu, mesti dia dah fikir 10 kali. Atau terus membatalkan hasratnya.

Perkara dah pun berlaku. Mangsa dah pun selamat dikebumikan. Hanya Al-fatihah yang mampu disedekahkan. Yang masih hidup ni, jadikanlah pengajaran.

Kepada yang berkenaan, bukalah mata luas-luas. Jangan duk ingat nak isi perut, perut dan perut sendiri jer. Ni rakyat dah terkorban kerana harga petrol atau kos sara hidup dah makin tinggi. Jangan duk buat-buat tak reti. Jangan sampai ada yang nak guna nukler plak buat bahan bakar. Kalau tak reti nak buat apa, yang duk ada tu turunlah dari 'singgahsana', bagi yang tau pulak uruskan.

Dulu tak der pun jadi camni. Habis tu, salah siapa? Haa, ni nak petik kata-kata Nabil ni, " Lu pikir la sendiri."

JANGAN BELI KERANDA TERBANG LAGI!

Jumaat, November 07, 2008, Posted by mr. admin, No Comment

Artikel kali ni mungkin agak terlewat di kala sudah ramai yang mengulasnya. Walau apapun, saya kira masih belum terlewat menyatakan sesuatu yang terbuku dalam hati-sebagai cetusan kritis dan bebas! hoho.

Memang kerajaan dah tangguhkan sementara rancangan nak beli helikopter baru dari Eurocopter untuk menggantikan Sang Nuri yang dah lemah sayapnya. Tangguh tak bermakna tak beli. Sebab memang Nuri dah patut kena ganti kerana dah lama berkhidmat. Sebelum saya lahir lagi!

Cuma diharapkan janganlah terbeli keranda terbang lagi. Malang sungguh sebab prajurit kita bukan mati di medan perang, tapi mati naik Nuri. Tu tak kira jet Skyhawk lagi, atau Pilatus P7 yang duk buat latihan penerbangan untuk pilot-pilot TUDM. Kadang-kadang jatuh dalam laut, dalam bendang, dalam ladang getah. Singapura gelak jer tengok. Depa kata, "cis, camni nak perang dengan kami. Tak dan sampai sini dah jatuh kat hutan!"

Harap bapak-bapak menteri fikirlah dengan waras. Jangan duk fikir nak dapat komisyen jer. Askar-askar kita pun ada anak bini jugak. Kesian la tengok depa, nak naik Nuri je macam-macam fikir. Yela, orang kata ajal maut di tangan tuhan. Tapi kita mampu merancang. Kalau dah beli helikopter atau jet 'yang sakit', ni namanya nak cari bala! Asal boleh je, terus beli.

Kesian kat prajurit kita. Kalau tak percaya, jom tengok muka depa dalam video kat bawah ni. Selamat menonton :-)

ILMU NAK JADI JUTAWAN?!

Jumaat, November 07, 2008, Posted by mr. admin, No Comment

Nak jadi jutawan bukannya senang. Tapi tak mustahil untuk orang kebanyakan seperti kita. Bahkan, mereka yang telah bergelar jutawan sekarang ni pun dahulunya orang biasa. Siapa Boon Siew sebelum beliau menjadi jutawan? Ya, beliau hanya seorang pendatang dari Tanah Besar China yang datang mencari makan di bumi ini. Beliau dulu hanyalah seorang kuli dan kini kekayaan mendiang yang melimpah-ruah telah diwarisi oleh keturunannya.

Kisah yang saya bawakan adalah contoh jelas betapa orang biasa seperti kita bisa saja menjadi jutawan jika ada usaha. Lainlah kalau anda baik dengan mana-mana kroni. Ataupun dapat jadi menantu Sultan Brunei. Yang tu lain la :-)

Tapi, persoalannya bagaimana? Nak merompak ataupun jual dadah ke?

Persoalan seperti inilah yang selalu bermain diminda termasuk saya sendiri. Apa yang kita lihat sekarang ni adalah kisah-kisah mereka yang telah jaya. Tapi, bagaimana mereka boleh berjaya jarang didedahkan.

Namun, segala persoalan ini telah mulai terungkai jika anda memberikan ruang kepada diri anda untuk membaca sebuah karya cetusan seorang jutawan terkenal iaitu Dr. Irfan Khairi. Ehm, nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kejayaannya menjadi seorang jutawan ketika berumur 25 tahun dalam bidang perniagaan internet sungguh mengujakan.



Bayangkan, ketika berusia 25 tahun dah jadi jutawan! Fuhhh, memang best. Sapa tak nak?

Bagi mereka yang masih tercari formula bagaimana menjadi seorang jutawan, silalah layari web beliau. Sila klik di sini untuk mengetahui maklumat lanjut!

Semoga langkah pertama anda nak menjadi seorang jutawan akan memdatangkan hasil. Perjalan beribu batu, bermula dengan langkah pertama.

JALAN-JALAN CARI MAKAN

Ahad, November 02, 2008, Posted by mr. admin, No Comment

Rasanya tinggal kurang 2 minggu lagi saya akan meninggalkan bumi Skudai setelah 3 tahun lebih berkelana di sini. Terasa sedih dan gembira bercampur di benak hati. Sedih kerana meninggalkan segala kenangan di sini. Gembira pulak kerana saya akan memulakan tugas yang di 'hold' sekejap sejak mendapat cuti belajar separuh gaji.

Hari-hari terakhir di sini dihabiskan dengan mengambil masa untuk 'melencong' ke beberapa tempat di sekitar sini. Bayangkan, 3 tahun lebih berada di sini baru 2 hari lepas menjejak kaki ke Jusco Tebrau! Haha..Bukan sebuk study sangat, tapi malas nak berjalan.

Minggu lepas saya ke Felda Tenggaroh 7, Mersing. Tu pun sebab ada classmate kahwin. Kalau tak, jangan haraplah!

Sepanjang perjalanan ke Felda Tenggaroh, saya berasa pelik kerana terdapat suatu kawasan, ada binaan yang usang terletak di kiri dan kanan jalan. Saya bertanya kat salah kat kawan saya yang biasa ke Felda Tenggaroh. Mereka kata itu adalah kubu lama tinggalan perang!



Wah! Kubu tinggallan perang?! Best ni..Saya pun tanpa sengan silunya, meminta agar berhenti seketika untuk mengambil gambar sekeping dua.

Hasil dari tinjauan, saya dapati binaannya amat kukuh. Dalam fikiran, macam manalah orang dulu-dulu buat. Kukuh, boleh tahan dari hentaman bom. Tak macam sekarang, kalau bagi Samy Vellu ( Mantan Menteri Kerjaraya) buat kubu camtu, confirm bocor! Hahaha..Baru kena hujan, dah bocor. Belum lagi peluru meriam.


Suram, kukuh dan menakutkan...keadaan dalaman kubu.

Perjalanan saya diteruskan hingga ke Felda Tenggaroh selepas itu...