Navigation


RSS : Articles / Comments


AHLAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK

Ahad, Ogos 31, 2008, Posted by mr. admin, No Comment


“Assalamualaikum w.b.t…Saya penyimpan mohor besar raja-raja, setelah diperkenankan oleh Duli-duli yang maha mulia…bla…bla..”

Alhamdulillah, dah hampir setahun hijiriyyah kita melalui kehidupan selepas melalui bulan Ramadan yang lepas, kini Ramadan tiba lagi. Syukur kehadrat Allah S.W.T, dengan rahmat-Nya kita diberikan kesempatan bertemu lagi dengan Ramadan yang penuh dengan barakah ini.

Tiada bulan yang lebih membahagiakan selain bulan Ramadan. Kesyahduannya begitu meresapi jiwa ketika melalui hari-hari di dalamnya.

Kefarduan Puasa Bukan Suatu Deraan!

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183 yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa."

Berdasarkan ayat di atas, tak ada hukum lain dalam amalan berpuasa pada bulan Ramadan melainkan wajib. Marilah kita sama-sama pahatkan dalam hati bahawa kefarduan ini bukanlah suatu deraan. Tapi ia merupakan suatu tarbiyyah oleh Allah terhadap jiwa dan nafsu.

Kenapa mesti pening kepala bila tiba bulan Ramadan? Puasa pun belum, dah pening-pening pasal baju raya, duit raya, kuih raya dan sebagainya. Seolah-olah Ramadan yang datang itu membawa satu beban yang terpaksa ditanggung.

Letakkanlah rasa 'pening' itu ke tepi dahulu. Cubalah kita bayangkan Ramadan ini adalah yang terakhir. Apakah kita tidak merasakan suatu kerugian kerana kegagalan merebut peluang ’bulan jualan mega’ ini berlalu begitu sahaja?

Sabda junjungan besar kita:

"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadan yang penuh barakah. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelengu segala syaitan."

Dengan suasana masyarakat kita yang telah menjadikan budaya puasa di bulan Ramadan, sepatutnya kita tiada masalah untuk berpuasa penuh tanpa cacat. Melainkan mereka yang dikecualikan atas sebab tertentu. Insyaallah..




SALAM MERDEKA

Ahad, Ogos 31, 2008, Posted by mr. admin, No Comment

PERUBAHAN LINK BLOG BISIKANHATI.com

Jumaat, Ogos 29, 2008, Posted by mr. admin, 5 Comments

Seperti yang telah dimaklumkan, baru-baru ni saya terpaksa menukar platform blog. Dulu saya menggunakan wordpress, tapi sekarang menggunakan blogspot.com atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Jadi, perubahan ni telah memberi kesan kepada link ke blog saya. Jika dahulu untuk melayari blog ini, anda perlu taip www.bisikanhati.com/blog. Akibat perpindahan ni, link ke blog saya telah berubah kepada www.bisikanhati.com. Tiada lagi perkataan 'blog' dihujung url.

Kepada rakan-rakan blog yang dihormati, sekiranya anda masih menggunakan url yang lama, dengan secara automatiknya, link tersebut tidak dapat menghubungkan kepada blog saya. Saya memohon jasa baik kepada rakan-rakan yang mempunyai 'link exchange' dengan blog ini agar dapat mengubahnya.

Jasa baik anda semua, saya ucapkan ribuan terima kasih.

P.S: Maaf, post kali ni macam tulis surat rasmi nak mintak kerja. Tapi, ni jer pilihan yang saya ada, hohoho :-)





KEMENANGAN ANWAR: Suatu yang dijangka!

Rabu, Ogos 27, 2008, Posted by mr. admin, 2 Comments


Maka berakhirlah sebuah penantian semenjak hari penamaan calon tempoh hari. Dengan kemenangan ni, secara tidak langsung ia membawa kepada beberapa indicator. Di antaranya ialah rakyat Permatang Pauh dan umumnya rakyat Malaysia menolak dakwaan kes liwat melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Mana tidaknya, kemenangan yang diraih bukan sikit. Dengan majoriti lebih 15 ribu, ia mengatasi apa yang diperolehi oleh Datin Seri Wan Azizah pada 8 Mac yang lalu. Bukan senang pembangkang nak menang dalam piliharaya kecil camni. Tambahan pula dengan majoriti yang lebih besar.

Ni yang saya katakan rakyat sudah pandai menilai dan melihat isu liwat adalah kes karut-marut yang sengaja direka. Kali terakhir pembangkang memenangi pilihanraya kecil adalah pada tahun 2000 melalui YB Saifudin Nasution. Ketika itu dalam pilihanraya kecil Lunas.

Kemenangan ini juga menggambarkan harapan rakyat yang diletakkan atas bahu Anwar Ibrahim dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk merubah landskap politik tanah air. Dengan kos kehidupan yang makin meningkat, harga minyak yang naik dan beberapa isu besar yang gagal ditangani oleh tampuk pemerintahan sekarang, maka rakyat melihat gabungan Pakatan Rakyat adalah satu pilihan yang lebih baik.

Apapun, Anwar akan mengangkat sumpah pada hari esok. Eh, bukan sumpah macam Saiful Bukhari tu. Ni angkat sumpah jadi Ahli Parlimen la, hoho. Maka beberapa persoalan masih lagi menjadi tanda tanya. Antaranya, apakah usaha Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya akan menjadi kenyataan? Dan berapa ramaikah ahli parlimen BN yang akan melompat ala katak ( crossover) ke dalam Pakatan Rakyat?

Hanya Allah yang mengatahuinya. Apa pendapat anda?

BISIKANHATI.com: A New Beginning!

Isnin, Ogos 25, 2008, Posted by mr. admin, No Comment

"Eh, dulu guna wordpress, sekarang ni guna platform blogger pulak. Apa kes?!" Tanya salah seorang kawan saya.
"Ai, ni nak save budget ker?!" Sampuk seorang lagi dengan nada separuh perli.
Haa, jemputlah masuk. Anda memang tak salah blog. Ni memang blog BISIKANHATI.com. Cuma kini dah berubah wajah dan 'tapak'. Bukan senang nak pindah tapak ni. Ini pun setelah berbagai ujian yang telah saya lalui.

Kenapa tukar dari Wordpress kepada Blogger?

Mungkin soalan ni yang banyak ditanyakan kepada saya. Sebenarnya, lebih sebulan lalu saya mengalami sedikit masalah dengan wordpress. Setiap kali nak upload gambar dalam post terbaru, akan muncul mesej yang tidak diingini.

Puas saya cuba baiki. Tanya sana, tanya sini. Jalan yang diberikan dah betul. Cuma saya yang rasanya masih kurang mahir dengan coding. Akhir sekali, entah apa-apa jadinya. Saya buntu!

Akibat tak tahan dengan problem ni, saya pun mengambil keputusan untuk beralih angin. Nak kata merajuk dengan wordpress pun betul jugak. Sekarang saya lebih selesa dengan blogspot. Guna je blogspot, tapi domainnya masih yang dulu lagi.

Sayang memanglah sayang. Apa boleh buat? Blog yang dulu banyak kenangannya. Dan ada topik-topik yang menjadi 'top ranking' dalam carta Google. Cuma sekarang ni saya dah banyak kehilangan link blog rakan-rakan blogger. Insyaallah, saya akan cuba kumpulkan semula.

Namun, kesetiaan terhadap bidang penulisan blog ni tak pernah padam. Cuma kadang-kadang agak malas nak update bila kekurangan motivasi untuk menulis.

Jumpa lagi dalam post akan datang! Ada sebarang komen? Kongsikan di sini..