PPSMI: DASAR PELAJARAN YANG DITENTANG!
Sabtu, Mac 07, 2009, Posted by mr. admin, 2 Comments
Rasanya semua telah sedia maklum tentang Dasar PPSMI ni. Saya sendiri pernah mengutarakan isu ni dalam blog ni. Sila klik di sini untu membaca.
Kemuncak penentangannya adalah hari ni, apabila diadakan perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur membantah perlaksanaan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris!
Dari awal ianya nak dilaksanakan, sudah ramai yang tak setuju. Tapi nak jugak diikut kepala karat sorang dua pemimpin. Hasilnya, apa yang kita dapat. Ramai di kalangan anak-anak bangsa, terutamanya orang Melayu, masyarakat peribumi orang asli, kaum minoriti di Sabah dan Sarawak mulai keciciran dalam Matematik dan Sains.
Bagi yang berada di kawasan bandar, tak terasa sangat implikasi dasar ni. Sebab di sana pelbagai kemudahan boleh diperolehi seperti tuisyen dan sebagainya.
Dah berbuih mulut orang cakap dasar ni tak betul. Payah sangat pemimpin-pemimpin nak faham, ambik ni! Demontrasi besar-besaran..
aduhai.. org yg tak pernah belajar sains cakap senang je kan? aku graduan kejuruteraan. bygkan la betapa susahnye nak belajar subjek2 sains dalam bm. aku tak sokong mane2. aku harap berfikir la dulu.. buka luas pandangan. dari zaman tok ayah kita lagi da guna bi. tapi still kita yg ade kat zaman sekarang ni masih guna bm. pelik2 la korg. aku tau yg protes bi ni org2 bahasa or seni, yg tak langsung paham penggunaan bi dalam sains. nak ke korg tgk kita pinjam kamus2 sains indonesia yg dah sedia ubah bi kpd bahasa indon? nak ke tgk anak2 kita mundur mcm indon jugak. nak panggil programming dalam bm da jadik pengaturcaraan. nak panggil valve dalam bm jadik ape? pemutar paip? ok, mmg aku tau org melayu sekarang da ramai tak guna bm. tu org2 bandar! aku org kampung. tinggi mane aku belajar, jauh mane aku pergi, aku masih berhasa inggeris. just dalam pekerjaan, aku gunakan bi. open minded sket. nak bandingkan bm dgn bahasa german, jepun, korea. mane boleh. zaman kita sebelom merdeka lagi dieorg da ade kamus sains bi-jepun or bi-german. takyah kamus pon, sbenarnye sblom org inggeris or amerika naik, org german da lame maju.. sbb tu dieorg guna bahasa sendiri. kita? ape kita ade? kita masih ditahap belajar.. kita masih ditahap perlukan didikan. kita pinjam bahasa org, bukan kita mengagungkan. bukan kita guna utk 24jam seharian kita. satu lagi, kalo nak buat budak2 skolah kat kampung pandai bukannye bi. aku asal kampung. kat kelantan. aku tau ape yg berlaku. tolonglah open minded. takkan bahasa melayu hilang dalam jiwa anak melayu. amek pendekatan sikit utk kekalkan bahasa melayu. gunakan kat skolah, acara2 rasmi, di universiti, tapi bukan di sains n math.. tolong lah. benda kecil pon nak bertelagah sesama sendiri. fru nak nak tolong halang rusuhan dari makin teruk di katakan anjing english. sedangkan fru smua2 tu org melayu jugak. dieorg diberi gaji utk buat kerja. tanak ade pergaduhan. aku pon sokong pas or keadilan jugak. bukannye aku sokong penggunaan bi ni aku sokong umno. tolonglah... bukak minda!
tak ada sapa yang nak halang memperkasakan BI. Tapi, apa kaitannya memperkasakan BI melalui Math dan Sains?
Yg protes bukan saja org bahasa, tapi mereka yang jadi profesor dlm bidang sains dan kejuruteraan. Ni hakikatnya!
Ya, memang kita tak seperti Jerman, Jepun dan korea. Tanpa kita yang nak bangunkan bahasa, siapa lagi?
Penggunaan BI dlm Math dan sains sebenarnya menyusahkan lagi anak2 luar bandar untuk mempelajari ilmu ini.
sepatut metodologi pengajaran BI tu yg harus ditekankan. Bukan math dan sains.
Memang byk term dalam subjek kejuruteraan byk digunakan dlm BI. Tak salah dikekalkan istilah yg sedia ada tu. Biar la valve tu terus kekal sebagai valve walaupun tidak ditukar kepada injap. yang penting bukan keseluruhannya. ini untuk memudahkan proses utk memahaminya.
telah termaktub dalam sejarah, segala ilmu sains berputik dari dunia islam. Org eropah telah mempelajari ilmu sains dari orang islam. mereka telah menterjemahkan ilmu ke dalam bahasa mereka sendiri!
Apakah kita tak mampu memterjemahkan sendiri? Apa guna institut penterjemah negara?