Hari ni aku tak sebuk dengan urusan lain. Kelapangan yang ada aku penuhi dengan mengambil kesempatan ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC Kuala Lumpur. Alhamdulillah, niat nak ke sana tercapai juga setelah sekian lama terpendam.
Memang dah lama simpan hajat nak ke sana. Sejak aku mengetahui tentang kewujudan pesta ni masa belajar di UTM Skudai dulu. Masa tu payahlah nak pergi sebab jauh. Orang cakap, kalau nak seribu daya. Malangnya aku memang takde daya masa tu. :-)
Sekarang ni dah bertugas di Temerloh, senanglah sikit aku nak ke sana. Kalau naik bas dari Temerloh ke Kuala Lumpur hanya 2 jam sahaja. Walau bagaimanapun, aku ke sana tadi bersama seorang teman lama yang kebetulan awal-awal pagi dah bertandang ke rumah sewaku. Saja la aku buka mulut kat dia. Tak sangka pulak dia pun berminat. Ok jugak naik kereta Myvi kawan aku tu. Tak perlu aku naik bas. Terima kasih wahai kawanku :-)
Sampai di sana, orang punyalah ramai. Nak berjalan pun payah. Hampir semua galeri buku yang mengambil bahagian penuh sesak. Ni merupakan petanda baik buat industri buku negara. Elok juga kalau pesta seperti ni diadakan seperti Pikom PC Fair tu.
Kalau ikutkan hati memang nak borong sakan tadi. Tapi, disebabkan zaman recession yang melanda poketku kini, hajat tu terpaksa ditangguhkan. Memang banyak buku-buku yang menarik. Rambang mata dibuatnya. Apapun, sempat juga aku sambar dua buah buku yang benar-benar menarik untuk dijadikan bahan bacaan mengisi masa lapangku. Sebuah buku pasal politik, sebuah lagi buku motivasi. Takpelah, tahun depan kalau berkesempatan boleh borong banyak sikit.
Ehmm, apapun sekalung penghargaan dan tahniah buat penganjur Pesta Buku Antarabangsa kali ni dalam usaha memartabatkan budaya ilmu dan membaca di kalangan rakyat Malaysai yang kurang membaca ni. Semoga tahun depan lebih meriah penganjurannya. Insyaallah, kalau ada aku nak ke sana lagi.
BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKAN....
Ahad, April 26, 2009, Posted by mr. admin, 3 Comments
Meriah ya...
wah.. bestnya. nak dapatkan juga buku tsunami politik tu.
aku sempat gak singgah beli buku hari tu..huhuhuh