Navigation


RSS : Articles / Comments


CORETAN DALAM SEMINGGU

Ahad, Jun 14, 2009, Posted by mr. admin, No Comment

Dalam minggu ni aku agak sebuk sikit. Habis je peperiksaan di sekolah, tiba hari yang bermakna buat sebuah hubungan yang telah dijalin sekian lama. Ewah-ewah, berbunga la pulak ayat aku ni, hehe.

Malu la nak cakap. Tapi anda tengok jelah gambar kat bawah ni. Mungkin dah boleh agak kot.


Kita Hanya Mampu Menonton, OIC Hanya Mengutuk!

Minggu ni juga berlaku peristiwa sedih di Selatan Thailand. Orang kampung yang sedang bersolat ditembak satu persatu, ibarat Yahudi yang melakukan jenayah pembersihan etnik di Palestin.

Seperti biasa, kita hanya mampu melihat pada mereka yang dibunuh adalah saudara seislam kita. Bilakah kita dapat membebaskan saudara kita dari cengkaman yang telah lama merantai kemerdekaan mereka?

BI Oh BI!

Isu pengajaran Bahasa Inggeris memang tak sunyi dari polemik yang berpanjangan. Yang terbaru adalah syarat wajib lulus Bahasa Inggeris bagi pelajar yang mengambil SPM untuk dianugerah sijil penuh.

Secara peribadi aku setuju dengan cadangan ni. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Prof Emeritus Khoo kay Kim, langkah ini lebih baik berbanding dasar pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Namun, sebelum langkah ni dikuatkuasakan, kerajaan harus memperkasakan dahulu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di luar bandar.

Adalah tidak adil langkah ini terus dikuatkuasa tanpa mengkaji sedalam-dalamnya implikasi yang akan ditanggung oleh pelajar luar bandar.

Aku Dah Ditemuduga oleh SPP!
Dipanggil temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) adalah saat yang ditunggu oleh guru-guru yang baru posting. Apakan tidak, kalau tak dilantik lagi, lambat lagi la aku nak naik gred DG 41, hehehe.

Syukur, Alhamdulillah :-)

Mengantuk Ke Bang?

Isnin, Jun 01, 2009, Posted by mr. admin, No Comment


Orang mengantuk disorongkan bantal. Tapi, bila abang polis ni mengantuk, takde sapa pun yang nak sorongkan bantal. Gambar ni aku ambil dari sebuah blog. Menurut pemilik blog tu, gambar ni dirakam semasa piliharaya kecil Dun Penanti. Mungkin disebabkan kurangnya cabaran, lantas membuatkan abang polis ni tertidur agaknya :-)

Bila tengok gambar abang polis ni tertidur, teringat aku peristiwa yang hampir sama pernah berlaku kat aku. Kejadian lucu ni berlaku kira-kira 8 tahun yang lalu. Masa tu aku mengikuti Perkhemahan Asas St John Ambulance untuk maktab-maktab perguruan zon timur.

Ditakdirkan, aku ditugaskan sebagai pengawal malam. Shift aku dari pukul 3-5 pagi. Dah la siang padat dengan macam-macam aktiviti, malamnya kena berjaga la pulak. Aku ditugaskan mengawal bersama seorang lagi rakan seplatun.

Oleh kerana terlalu mengantuk, aku tertidur semasa bertugas. Tidur sambil duduk macam abang polis dalam gambar ni la! Syok punya tidur, tetiba Kem Komandan aku datang buat spot check. Apa lagi, kontai la aku malam tu. Tak pasal-pasal kena pumping 20 kali. Fuh, hilang mengantuk. Dalam hati, punyalah bengang. Kawan aku pun sama tidur gak. Dua-dualah kena denda.

Tapi, tu semua tinggal memori dalam hidupku akan terus dikenang.

Kalaulah aku sekadar ahli St John biasa boleh kena denda macam tu, apa akan jadi kat abang polis ni kalau dia pun terkantoi macam aku? Lu pikirla sendiri!

Moralnya, jujurlah dalam pekerjaan yang anda lakukan.

ONCE UPON A TIME IN CHINA

Rabu, Mei 27, 2009, Posted by mr. admin, No Comment

Minggu ni merupakan minggu peperiksaan bagi seluruh sekolah Negeri Pahang. Hari ni pulak, aku ditugaskan menjaga peperiksaan bagi kelas tingkatan 1 untuk subjek Bahasa Cina. Entah camne aku kena jaga budak-budak cina ni jawab soalan.

Tapi tak pe, aku layan je. Tengah jaga diorang jawab soalan Bahasa Cina, tetiba aku dapat idea nak buat video. Apa lagi, dengan menggunakan handphone Nokia N70, aku terus rakam aksi seorang pelajar ni.

Ok, jom layan...Yosh!

SEDAPNYA IKAN KELI...

Rabu, Mei 20, 2009, Posted by mr. admin, No Comment

KERATAN Kosmo! 18 Mei 2009. Klik kat sini untuk berita selanjutnya.

Ni yang buatkan aku lemah nak makan ikan keli yang diperlihara bila ada cerita yang tak seronok didengar seperti ni. Aku memang amat-amat menggemari spesis ikan jenis ni. Isinya lembut, manis dan lemak berkrim, hoho. Tambahan pula ia kaya dengan omega yang baik untuk otak.

Tapi, bila dah ada cerita yang tersiar dalam Kosmo 2 hari lepas, rasa kembang tekak gak nak makan ikan keli lepas ni. Takut ikan keli yang aku beli tu dah tercemar dengan 'zat' babi. Eiiirr, babi tu memang dah najis, tambah tercemar dengan tahi babi pulak. Dua kali najis tu!

Berapa banyak kalian dah telan ikan keli ni?