Navigation


RSS : Articles / Comments


APA SAJA UNTUK PALESTIN

Ahad, Januari 11, 2009, Posted by mr. admin, One Comment

Sekian lama saya tak menulis dalam blog ni. Hal ni disebabkan saya agak sebuk menyelesaikan beberapa urusan setelah diarahkan mengajar di salah sebuah sekolah yang terletak di Temerloh, Pahang.

Ada dua isu yang hangat diperkatakan sekarang ni. Salah satunya adalah tentang Palestin yang semestinya mengundang simpati mendalam di hati kita apabila melihat nyawa orang Islam diratah oleh rejim zionis Yahudi. Salah satu lagi adalah Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu ekoran kematian Datuk Razali Ismail yang merupakan Ahli Parlimen kawasan tersebut. Namun, saya lebih berminat berbicara tentang Palestin.

OIC yang merupakan sebuah pertubuhan Islam terbesar dunia tak mampu melakukan apa-apa atas kerakusan Israel. Apatah lagi kita di Malaysia, yang kedudukannya lebih jauh berbanding negara-negara arab yang lebih hampir dengan Palestin.

Yang mampu kita semua lakukan hanyalah kecam, kecam dan terus mengecam. Malangnya kecaman yang dilontarkan tidak mampu menghalang Israel dari bermaharajalela di bumi Palestin. Alangkah bagusnya jika kecaman itu mampu menghancurkan Israel. Malangnya ia tidak sama sekali.

Teringat saya tentang sebuah hadis dari junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Dalam hadis tersebut, baginda mengatakan umat Islam akan menjadi makanan kepada musuh-musuh Islam. Seorang sahabat bertanya adakah umat Islam ketika itu sedikit.Tapi Rasulullah menafikan jumlah umat Islam sedikit. Bahkan baginda menegaskan umat Islam ramai pada ketika itu. Tapi ramainya umat Islam ketika itu ibarat buih-buih dilautan.

Hari ni hadis Rasulullah itu telah terbukti kebenarannya. Kita memang tak mampu melakukan apa-apa walhal Yahudi hanya boleh diajar dengan jihad seperti yang dilakukan oleh Hamas dan Hizbullah.

Apapun, dalam ketidakmampuan kita melakukan jihad ni janganlah kita tidak berbuat apa-apa. Lakukanlah apa yang termampu. Terutama dalam usaha memboikot produk-produk yang menyumbang dana kepada Israel. Andainya itu pun tak mampu kita lakukan, maka memang lemah dan daiflah kita!

Ayuh, mari kita sama-sama boikot!

One Comment

Tanpa Nama @ 15 Januari 2009 pada 10:24 PG

pihak2 yang berkenaan takut periuk nasi mereka tertutup akibat menyatakan kebenaran.

ada juga yang sanggup memuji kejahatan orang lain semata-mata pentingkan diri sendiri.

Ya Allah, selamatkanlah saudara2 kami di Palestin. Amin.