Setelah berhari-hari berhempas pulas menyusun strategi, memberi penerangan dan berkempen, akhirnya rakyat Kuala Terengganu membuat keputusan dengan memberi kemenangan kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Rakyat Kuala Terengganu telah membuat suatu swing yang mungkin menjadi tanda-tanda Empayar BN-UMNO akan roboh tidak lama lagi. Menurut sesetengah blogger, swing vote yang dilakukan lebih kurang 5%, seperti yang dinyatakan dalam edyesdotcom.
Apa komen pemimpin BN? Biasala, antara ayat penyedap hati yang selalu dilontarkan tatkala tewas ialah, "ini membuktikan demokrasi tetap subur di Malaysia."
Boleh terima ke kata-kata macam tu? Dengan BN diberi peluang menggunakan segala media utama serta jentera kerajaan untuk berkempen, tanpa memberi ruang dan luang yang cukup kepada pembangkang untuk berkempen, dan itu dikatakan demokrasi Malaysia subur? Oh, suburnya!
Selain tu, undi pos juga sering menjadi tanda tanya dari segi ketelusannya di kalangan parti-parti pembangkang. Bayangkanlah, dalam karung undi pos di Kuala Terengganu semalam, lebih 1000 undi memihak kepada BN. Hanya 86 undi sahaja memihak kepada calon PAS. Logik ke? Mungkin ada yang mengatakan ia tidak mustahil. Tapi dengan keadaan sekarang ni, kuat sangat ke sokongan anggota polis dan tentera kepada BN? Hanya Allah yang tahu.
Secara peribadi, saya yakin jika demokrasi benar-benar telus, BN akan mengalami kekalahan yang lebih teruk dari itu. Apapun, sehebat mana perancangan yang dibuat oleh manusia untuk membuat tipu helah, namun ia tidak dapat menandingi perangcangan dari langit!
Lain-lain ulasan pilihanraya Kuala Terengganu:
Rakyat sudah sedia berubah bantulah
Mahathir mula bodek Najib
APA SAJA UNTUK PALESTIN
Ahad, Januari 11, 2009, Posted by mr. admin, One Comment
Sekian lama saya tak menulis dalam blog ni. Hal ni disebabkan saya agak sebuk menyelesaikan beberapa urusan setelah diarahkan mengajar di salah sebuah sekolah yang terletak di Temerloh, Pahang.Ada dua isu yang hangat diperkatakan sekarang ni. Salah satunya adalah tentang Palestin yang semestinya mengundang simpati mendalam di hati kita apabila melihat nyawa orang Islam diratah oleh rejim zionis Yahudi. Salah satu lagi adalah Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu ekoran kematian Datuk Razali Ismail yang merupakan Ahli Parlimen kawasan tersebut. Namun, saya lebih berminat berbicara tentang Palestin.
OIC yang merupakan sebuah pertubuhan Islam terbesar dunia tak mampu melakukan apa-apa atas kerakusan Israel. Apatah lagi kita di Malaysia, yang kedudukannya lebih jauh berbanding negara-negara arab yang lebih hampir dengan Palestin.
Yang mampu kita semua lakukan hanyalah kecam, kecam dan terus mengecam. Malangnya kecaman yang dilontarkan tidak mampu menghalang Israel dari bermaharajalela di bumi Palestin. Alangkah bagusnya jika kecaman itu mampu menghancurkan Israel. Malangnya ia tidak sama sekali.
Teringat saya tentang sebuah hadis dari junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Dalam hadis tersebut, baginda mengatakan umat Islam akan menjadi makanan kepada musuh-musuh Islam. Seorang sahabat bertanya adakah umat Islam ketika itu sedikit.Tapi Rasulullah menafikan jumlah umat Islam sedikit. Bahkan baginda menegaskan umat Islam ramai pada ketika itu. Tapi ramainya umat Islam ketika itu ibarat buih-buih dilautan.
Hari ni hadis Rasulullah itu telah terbukti kebenarannya. Kita memang tak mampu melakukan apa-apa walhal Yahudi hanya boleh diajar dengan jihad seperti yang dilakukan oleh Hamas dan Hizbullah.
Apapun, dalam ketidakmampuan kita melakukan jihad ni janganlah kita tidak berbuat apa-apa. Lakukanlah apa yang termampu. Terutama dalam usaha memboikot produk-produk yang menyumbang dana kepada Israel. Andainya itu pun tak mampu kita lakukan, maka memang lemah dan daiflah kita!
Ayuh, mari kita sama-sama boikot!
DIALAH SEORANG MB...
Jumaat, Disember 12, 2008, Posted by mr. admin, 13 Comments
Presiden Kesatuan Eropah,Marc Barety melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz di negeri Kelantan. Beliau berkata demikian, ketika mengetuai seramai 14 peserta lawatan sambil belajar terdiri daripada Duta dan wakil kesatuan Eropah (EU) yang berkunjung ke negeri Kelantan baru-baru ini...baca selanjutnya.
Beliau hanya dipanggil 'Nik Aziz' oleh musuh politiknya. Tak kiralah sama ada musuh itu berada diperingkat tertinggi parti atau hanya di peringkat akar umbi sahaja. Bagi kita menyanjunginya, gelaran 'Nik Aziz' tidak sepadan dengan ketinggian ilmu dan kewarakan yang dimiliki. Maka, sebagai pengiktirafan kita menggelarkannya Tok Guru atau Tuan Guru Nik Aziz walaupun panggilan itu tidak pernah diminta oleh insan sezuhudnya.
Buat mereka yang telah mengenalinya secara rapat, apatah lagi yang menyokong kuat pentadbiran yang diterajui oleh Ulamak tersohor ini, pengiktirafan telah lama diberikan secara ikhlas nun jauh disudut hati. Dengan perwatakannya yang zuhud, lemah lembut tapi tegas, ucapannya sedap didengar walaupun terkadang tajam bak belati, maka tiada lagi pengiktirafan paling tinggi yang wajar diberikan hanyalah dengan menggelarkannya dengan panggilan 'Tok Guru'. Kalau di Iran mungkin beliau setaraf 'Ayatollah-ayatollah' walaupun perbandingan itu tak cocok bagi kita yang menganuti fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Melihat kepada gaya hidupnya, cara beliau berpakaian, tak siapa pun menyangka itulah Menteri Besar Kelantan yang telah 18 tahun mentadbir Negeri Cik Siti Wan Kembang. Pergilah ke rumahnya di Pulau Melaka, Kelantan. Penulis sendiri telah ke sana ketika belajar di Kuala Terengganu dahulu. Hampir menitis air mata bila melihat rumah papan yang terbina bersebelah dengan masjid. Tiada pagar indah yang menghiasi pintu masuk ke kediamannya. Apatah lagi lampu neon yang bergemerlapan, tentu jauh sekali. Kadang-kala, dipinggir tangga rumah Tok Guru, kelihatan ayam itik tumpang bertenggek. Tak ada pengawal yang menghalaunya.
Hari ini Lim Guan Eng baru bercakap pasal Khalifah Umar Ibnu Aziz, salah seorang Khalifah terulung pada era pemerintahan Bani Umaiyyah. Tanpa kita sedar, kita telah lama memiliki seorang pemimpin yang seakan-akan Umar Ibnu Aziz walaupun sukar untuk dibandingkan keduanya. Namun, apa yang jelas terpampang di depan mata dan apa yang terkisah dalam helaian-helaian sejarah lama, cara hidup Tok Guru Nik Aziz saling tak tumpah seperti Umar Ibnu Aziz. Kenapa kita tak dapat melihatnya?
Walau apapun penghinaan yang diberikan kepada beliau oleh Mantan Perdana Menteri satu ketika dulu, namun dialah tetap Tok Guru yang disanjungi. Bukan berniat untuk mendewa-dewakan sesama insan, penulisan ini digarap untuk menyatakan sokongan kepada seorang tokoh yang banyak berjasa sama ada dari segi ilmu agama ataupun dalam bentuk pemerintahan. Walaupun sesetengah pihak mendakwa Kerajaan Tok Guru tak buat apa-apa sepanjang pemerintahannya. Tak salah rasanya menyebarluaskan sesuatu kebaikan untuk dimanfaatkan oleh insan lain.
Nah, hari ini Tok Guru kita menerima pengiktirafan lagi.Kalau tak percaya, bacalah di sini.
Semoga Allah melanjutkan usia Tok Guru dan terus memimpin, bukan sahaja untuk rakyat Kelantan, kalau boleh untuk satu Malaysia tercinta ini! Insyaallah..
PIALA SUZUKI: Malaysia Kecundang Lagi
Khamis, Disember 11, 2008, Posted by mr. admin, No Comment

Malaysia gagal melangkah ke separuh akhir Kejohanan Piala Suzuki AFF buat hanya kali kedua dalam sejarah 12 tahun saingan selepas ditumpaskan Thailand 3-0 di Stadium Surakul, petang semalam... Baca seterusnya.Tak tau apa lagi nak cakap tentang nasib bola sepak negara. Bak kata orang sekarang, "menang sekali, kalah memanjang." Ada benar juga kata-kata seperti ini. Kalau tak silap, kali terakhir Malaysia menjulang piala iaitu pada Kejohanan Pesta Bola Merdeka 2 tahun lalu. Itu pun bermain di Malaysia. Lepas tu, lawan dengan pasukan main dalam 'sawah' macam Myanmar pun kalah.
Apa yang tak kena?
Banyak teori dan andaian dibuat oleh pelbagai pihak apabila memperkatakan penyakit yang melanda pasukan bola sepak Malaysia. Ada yang kata pemain kita manja la, tak bersungguh seperti ketika bermain untuk pasukan negeri dan bermacam andaian dibuat. Hakikatnya, kita sebagai orang luar tak tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Kalau nak kata saiz fizikal pemain Malaysia kecil berbanding pemain serantau, saya rasa kenyataan seperti itu tidak berasas. Tengoklah pemain Vietnam, bukanlah besar sangat. Tak de pun sebesar pemain eropah. Kecik kemetot macam permain Malaysia jugak. Pendek kata sama saiz jer.
Ada yang kata perkembangan sukan di Malaysia tak pesat. Eh, betul ker?
Mungkin juga kenyataan ini ada benarnya. Kalau kita tengok sukan hoki misalnya. Dahulu Malaysia merupakan pasukan yang terkuat di rantau Asia timur. Kalau setakat Korea Selatan dan Jepun memang takde masalah. Tapi hari ni, nak seri pun kadang-kadang sakit. Apa yang tak kena sebenarnya?
Begitu juga dalam bidang sukan yang lain. Tak perlulah disebutkan satu persatu di sini. Adakah kita memang dilahirkan hanya untuk menjadi penonton sahaja? Menonton BPL, Liga Juara-juara Eropah dan Piala Dunia sahaja. Lepas tu bersorak ria bila pasukan yang disokong menjaringkan gol. Oh, malunyer!