Navigation


RSS : Articles / Comments


PAK LAH: TURUNLAH HARGA BARANG

Selasa, Disember 02, 2008, Posted by mr. admin, 4 Comments


PUTRAJAYA 1 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) memastikan harga barangan di negara ini diturunkan selaras dengan penurunan harga minyak dan ia mestilah merupakan barangan kegunaan harian rakyat.

Sambil menyatakan rasa kesal dengan sikap liat sesetengah peniaga menurunkan harga barang setiap kali harga minyak diturunkan, Perdana Menteri secara sinis berkata, peniaga terbabit sewenang-wenang menaikkan harga barangan tanpa disuruh apabila harga minyak naik...baca selanjutnya.

Andainya rasa menyesal tu boleh ringankan beban rakyat dengan penurunan harga barang tak mengapalah. Takut-takut menyesal je, tapi keadaan tetap sama. Kerana peniaga ni nak kisah apa dengan kekesalan Pak Lah tu.

Ni lah harga yang patut kita bayar atas kegopohan menaikan harga minyak tempoh hari. Tapi nak buat macam mana, pemimpin kita yang bijak pandai ni kata kalau kita tak naikkan harga minyak negara boleh bankrup.

Kita ni rakyat biasa manalah tau sangat pasal ekonomi ni. Tapi sekarang ni, harga minyak dah diturunkan negara kita tak muflis pun. Habis tu, sapa yang terer sangat hari tu kata minyak turun negara bankrup?

Hari ni, harga barang masih lagi mahal walaupun harga minyak dah diturunkan sebanyak 5 kali. Keadaan ni umpama bencana banjirlah. Apabila banjir, air yang naik tu akan bawa bersama sampah, lumpur dan segala macam benda masuk dalam rumah. Setelah air surut, maka akan tinggallah segala macam benda dalam rumah kita tu. Dah tentu kena ambil masa nak cuci rumah yang dimasuki air tu. Tu tak kira lagi dengan peralatan elektrik dan perabut yang rosak. Memang serabut kepala otak!

Macam tulah hal keadaannya dengan situasi kenaikan harga barang yang kita alami sekarang ni. Peniaga ni memang liat nak turun harga bila dah naik. Mereka akan bagi alasan bil elektrik pun masih tak turun dan kos pengeluaran yang masih tinggi. Kalau macam ni, sampai bila pun harga barang tak turun.

Ni TNB pun satu, harga minyak dunia dah turun tak reti-reti lagi ke? Apa alasan mereka nak bagi lepas ni taulah. Macam jugak harga tambang bas yang masih mengenakan surcaj 30%. Menurut bapak menteri yang bijaksana tu, harga tiket terpaksa dinaikkan dengan alasan alat ganti kenderaan masih tinggi. Oh, tidak!

4 Comments

Tanpa Nama @ 2 Disember 2008 pada 6:04 PTG

turunkan sebelmu anda diturunkan.

Tanpa Nama @ 2 Disember 2008 pada 9:12 PTG

alone-->betul kata tuan hamba,hehe

pen buruk ™ @ 3 Disember 2008 pada 2:18 PG

hello bro. Tentang TNB ada sikit kena taulah.. member aku cakap kita guna arang batu dan gas.(lebih kurang 70%).. jadi susah nak turun la bro..

tapi tak taulah kalau depa sembunyi apa-apa kot

tentang tambang bas.. kalau baguih takper.. ni hampeh..

Tanpa Nama @ 3 Disember 2008 pada 12:28 PTG

insan istimewa--> tula, yang nak di tekankan kat sini ada jer alasan nak kekalkan harga yg mahal..hari tu kata minyak mahal..akhirnya, kita yang tersepit!