Navigation


RSS : Articles / Comments


PKR LUKAI HATI PENYOKONG PAS?

Rabu, Februari 04, 2009, Posted by mr. admin, One Comment


"Wei, ramainya yang jadi katak kat Perak ni!" Satu SMS saya kirimkan kepada seorang kawan saya di Parit Buntar.

Tak lama lepas tu, kawan saya tu membalas, "Ni yang aku kurang percaya dengan depa ni."

Dari dialog di atas, secara tak langsung ia menggambarkan kekecewaan yang dialaminya berhubung tindakan dua adun PKR Perak Melompat parti. Maklumlah, dia merupakan pejuang kecil PAS di kawasannya. Lebih menyakitkan hati katanya, apabila melihat tindakan yang sama dilakukan oleh Adun Jelapang serta Adun Bota yang kembali menjilat muntahnya!

Ramai munafik dalam Pakatan Rakyat?

Tindakan 'berhijrah' ini sebenarnya menyerlahkan tanggapan sesetengah pihak bahawa mereka ni berjuang bukan untuk membela nasib rakyat. Sebenarnya lebih kepada kepentingan survival politik sendiri. Malah tak keterlaluan jika dikatakan untuk perut, perut dan perut sendiri!

Saya tak mahu menuduh dalam parti mana terdapatnya ramai makhluk dua alam ni. Rasanya anda boleh fikirkan sendiri.

Maknanya, tindakan YB yang melompat tu menggambarkan ketidakupayaan mereka menghayati erti sebenar pejuang rakyat, pahit getir yang dilalui untuk merintis jalan kepada penyatuan pakatan ini. Tidakkah mereka sedar bahawa perjuangan yang dilalui ini dibayar dengan kos yang amat tinggi - darah, harta dan air mata!

Ada sinar dihujung gelita?

Walaupun keadaan ini menggundang keadaan resah yang mengusutkan bagi Pakatan Rakyat, nun jauh dihujung sana mungkinkah ada sinar?

Kita tahu, sebelum ini apabila Dato' Seri Anwar mendakwa akan ada wakil rakyat BN yang akan menyeberang, maka timbullah kenyataan daripada pemimpin BN yang mengecam dengan mengatakan tindakan tersebut mengkhianati amanah rakyat. Tapi hari ni, apabila ada YB dari Pakatan Rakyat yang melompat kepada mereka, tak ada pula kecaman walau secubit. Tidakkah ini satu pengkhianatan? Adakah ia suatu yang halal bagi pihak BN tapi haram bagi Pakatan Rakyat?

Jadi, sekiranya selepas ini ada wakil rakyat BN yang melompat, mereka dah tiada point nak kata ia satu pengkhianatan. Sebab mereka sendiri yang mengajarnya.

Kita masih ingat bagaimana BN 'membeli' wakil rakyat PBS yang berkuasa Sabah pada era 90-an dulu . Sehingga Kerajaan Sabah di bawah PBS rebah melalui modus operandi yang sama.

Sesungguhnya, apa yang berlaku ini telah direncanakan oleh Allah taala. Mana tahu, akan ada penyeberangan beramai-ramai wakil rakyat BN ke dalam Pakatan Rakyat kerana isu mengkhianati penggundi sudah tiada! Sekaligus membuka jalan penubuhan kerajaan pusat yang baru. Siapa tahu?!

One Comment

Tanpa Nama @ 9 Februari 2009 pada 5:14 PTG

sebagai makluman, semasa PBS jatuh, orang yang main peranan besar ialah, Anwar Ibrahim dia yang telah berjaya menarik Yong Teck Lee untuk keluar dari PBS, ini faktanya.. sikap anwar tidak berubah... saya skong PAS tidak sesekali dengan PKR maafakan saya..perbuatan lompat parti tidak bertamadun walau apa pun alasan