Navigation


RSS : Articles / Comments


PERPADUAN UMMAH: KAT MANA YANG PECAHNYA?

Isnin, Mac 09, 2009, Posted by mr. admin, 2 Comments

Perpaduan merupakan satu isu yang hangat diperkatakan masa kini. Media arus perdana tak habis-habis membicarakan tentang perpecahan yang terjadi terutamanya di kalangan umat Islam masa kini. Persoalannya, di manakah permulaan retak hingga terjadinya perpecahan seperti yang didakwa?Ironinya, persoalan perpaduan umat ni begitu hebat diperkatakan setelah berakhirnya Pilihanraya Umum 8 Mac tahun lepas.

Tak kira sesiapa pun, bermula dari pihak istana, pemimpin-pemimpin negara dan individu-individu tertentu, tak lekang dari memperkatakan perpecahan umat Islam dan orang Melayu di negara kita. Apabila menonton berita tiap-tiap malam, ada saja kenyataan yang dikeluarkan dan membuatkan kadang-kala kita menjadi jelik.

Teruk sangatkah perpecahan tu? Apakah indikator-indikator yang boleh dijadikan asas dakwaan wujudnya perpecahan yang serius? Atau, adakah kerana apabila rakyat sudah tidak ’merestui’ tindak-tanduk pemimpin sekarang dan mencari pilihan lain dikatakan satu perpecahan?

Kembali kepada Al-Quran dan Hadis

Hanya ada sejenis ’ubat’ sahaja yang mampu meleraikan masalah perpaduan di kalangan umat Islam negara ini iaitu kembali kepada apa yang telah ditinggalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Semperna ketibaan 12 Rabiulawal ni, eloklah kita semua merenung kembali apakah kita benar-benar layak mendakwa diri umat Muhammad padahal apa yang dituntut tak dituruti. Jadi, taklah kita hanya sambut hari kelahiran baginda dengan hanya perarakan, kenduri kendara dan berzanzi sahaja. Tapi dalam diam, kita adalah penyokong sekular, penyokong kezaliman, penentang hukum Allah!

Salam Maulidur Rasul.

PPSMI: DASAR PELAJARAN YANG DITENTANG!

Sabtu, Mac 07, 2009, Posted by mr. admin, 2 Comments


Rasanya semua telah sedia maklum tentang Dasar PPSMI ni. Saya sendiri pernah mengutarakan isu ni dalam blog ni. Sila klik di sini untu membaca.

Kemuncak penentangannya adalah hari ni, apabila diadakan perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur membantah perlaksanaan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris!

Dari awal ianya nak dilaksanakan, sudah ramai yang tak setuju. Tapi nak jugak diikut kepala karat sorang dua pemimpin. Hasilnya, apa yang kita dapat. Ramai di kalangan anak-anak bangsa, terutamanya orang Melayu, masyarakat peribumi orang asli, kaum minoriti di Sabah dan Sarawak mulai keciciran dalam Matematik dan Sains.

Bagi yang berada di kawasan bandar, tak terasa sangat implikasi dasar ni. Sebab di sana pelbagai kemudahan boleh diperolehi seperti tuisyen dan sebagainya.

Dah berbuih mulut orang cakap dasar ni tak betul. Payah sangat pemimpin-pemimpin nak faham, ambik ni! Demontrasi besar-besaran..

Kelihatan Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said dalam perarakan membantah Dasar PPSMI!

PKR, PAS punca Raja dihina?

Selasa, Mac 03, 2009, Posted by mr. admin, 3 Comments

Kadang-kadang geli hati bila mendengar komen dari Dato' Seri Mohd Ali Rustam. Adakah dia tak menoleh ke belakang melihat sejarah yang telah tercipta sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan? Cuba baca artikel di bawah ni.

KUALA LUMPUR: Krisis politik ketika ini terutama yang membabitkan Raja dan orang Melayu dihina berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Pas.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata pemimpin DAP seperti Pengerusinya, Karpal Singh dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Dr Boo Cheng Hau, semakin lancang menghina Melayu.... Klik di sini untuk membaca sambungan artikel ni.

Bila fikir balik apa yang diperkatakan oleh Dato' Seri Ali Rustam, betul ke?
Dulu sapa yang kata 'Natang' kat Sultan Terengganu?
Sapa plak yang menghapuskan kuasa Raja-raja melalui krisis Perlembangaan?

Lu pikir la sendiri!

JANGAN KANTOI DEPAN ANAK!

Isnin, Mac 02, 2009, Posted by mr. admin, One Comment

Artikel ni mungkin akan meninggalkan kontroversi. Tapi atas alasan kemaslahatan ummah, rasanya ia perlu diterima dengan positif dan berlapang dada. Tak payahlah nak cerita panjang-panjang. Silalah baca sendiri ye!

KUALA LUMPUR: Sikap sesetengah pasangan suami isteri yang melakukan seks di depan anak berusia antara empat hingga tujuh tahun dikesan antara faktor menyumbang kepada peningkatan 80 peratus pendedahan seks kanak-kanak dan remaja yang kini dianggap berada pada tahap membimbangkan... Klik la kat sini untuk meneruskan bacaan anda!

Moral : Jangan kantoi depan anak-anak walaupun mereka baru berumur dua bulan!