Navigation


RSS : Articles / Comments


PERPADUAN UMMAH: KAT MANA YANG PECAHNYA?

Isnin, Mac 09, 2009, Posted by mr. admin, 2 Comments

Perpaduan merupakan satu isu yang hangat diperkatakan masa kini. Media arus perdana tak habis-habis membicarakan tentang perpecahan yang terjadi terutamanya di kalangan umat Islam masa kini. Persoalannya, di manakah permulaan retak hingga terjadinya perpecahan seperti yang didakwa?Ironinya, persoalan perpaduan umat ni begitu hebat diperkatakan setelah berakhirnya Pilihanraya Umum 8 Mac tahun lepas.

Tak kira sesiapa pun, bermula dari pihak istana, pemimpin-pemimpin negara dan individu-individu tertentu, tak lekang dari memperkatakan perpecahan umat Islam dan orang Melayu di negara kita. Apabila menonton berita tiap-tiap malam, ada saja kenyataan yang dikeluarkan dan membuatkan kadang-kala kita menjadi jelik.

Teruk sangatkah perpecahan tu? Apakah indikator-indikator yang boleh dijadikan asas dakwaan wujudnya perpecahan yang serius? Atau, adakah kerana apabila rakyat sudah tidak ’merestui’ tindak-tanduk pemimpin sekarang dan mencari pilihan lain dikatakan satu perpecahan?

Kembali kepada Al-Quran dan Hadis

Hanya ada sejenis ’ubat’ sahaja yang mampu meleraikan masalah perpaduan di kalangan umat Islam negara ini iaitu kembali kepada apa yang telah ditinggalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Semperna ketibaan 12 Rabiulawal ni, eloklah kita semua merenung kembali apakah kita benar-benar layak mendakwa diri umat Muhammad padahal apa yang dituntut tak dituruti. Jadi, taklah kita hanya sambut hari kelahiran baginda dengan hanya perarakan, kenduri kendara dan berzanzi sahaja. Tapi dalam diam, kita adalah penyokong sekular, penyokong kezaliman, penentang hukum Allah!

Salam Maulidur Rasul.

2 Comments

Tanpa Nama @ 10 Mac 2009 pada 3:09 PG

benar.

fahami. dan aplikasikan.

ada yg memahami tetapi mereka membiarkan.

Mustakim Ahmad @ 28 Mac 2009 pada 11:01 PG

Padu - besi padu
Palu - palu kompang
Ummah - Ummah