Navigation


RSS : Articles / Comments


TAK PERLU KAJI, MANSUH JER TERUS!

Khamis, November 13, 2008, Posted by mr. admin, 4 Comments

MIRI: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) esok akan menjadi salah satu faktor penentu Kementerian Pelajaran untuk memutuskan sama ada meneruskan pengajaran subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, berkata kementerian akan mengambil kira keputusan itu dengan faktor lain sebelum membuat keputusan muktamad mengenai pengajaran subjek tersebut dalam bahasa Inggeris...selanjutnya
Saya bukanlah orang yang berautoriti untuk bercakap soal mansuh atau tidak dasar pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris ni. Tapi saya suka bercakap berdasarkan kepada realiti yang sebenarnya.

Memang diakui, penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar Melayu khususnya sangat mendukacitaka. Dari segi prinsip, saya amat setuju langkah untuk memperkasakan kemahiran berbahasa Inggeris dilaksanakan di kalangan pelajar. Sapa tak setuju benda baik. Ajarlah bahasa apa pun. Arab ke, Perancis ke hatta Bahasa Kenya sekalipun!

Tapi yang saya pertikaikan adalah kaedah yang digunakan. Bukan saya saja yang kata, malah ramai pakar-pakar dalam bidang pendidikan mempertikai langkah ini dalam beberapa kongres yang diadakan.

Entah, saya sendiri pun tak nampak hubungan yang signifikan dengan mengajar Math dan Sains dalam Bahasa Inggeris untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Tak taula kalau anda nampak!

Sepatutnya, mata pelajaran Bahasa Inggeris tu yang perlu ditekankan terutama dari segi metodologi pengajarannya. Tak cukup waktu dalam kelas, tambahkan jadualnya dalam kelas-kelas tambahan.

Saya mempunyai pengalaman mengajar Math dalam Bahasa Inggeris di sebuah sekolah terletak di pendalaman Negeri Pahang. Sudahlah Math dan Sains ni jadi subject killer, lepas tu ajar pulak dalam Bahasa Inggeris. Bertambah beban otak pelajar nak faham.

Ops! ni bukan gambar saya masa ajar Math ye, hoho.

Matematik terutamanya, kaedah pengajarannya sepatut dipermudahkan agar otak dapat berfikir dengan pantas. Bila dah guna Bahasa Inggeris, secara automatik otak kita terpaksa bekerja dua kali. Pertama memahami ayat, kedua menyelesaikan masalah! Kalau tak percaya, cuba anda jawab soalan ini:

There are 10 marbles in the basket. Half of the marbles are red colour and the left are white colour. How many marbles in the basket are white colour?
Apa macam? Tu baru soalan aras aplikasi untuk budak tahap satu. Nampak tak? Pertama nak kena translate, lepas tu baru nak kena selesaikan. Begitulah, betapa terbebannya otak pelajar-pelajar. Sampai ada yang tension nak belajar Math dan Sains sehingga mendatangkan fobia.

Jadi, tak perlulah nak kaji panjang-panjang. Jawapan kepada persoalan 'boleh terus atau tidak' dah lama terjawab sebelum ia dilaksanakan lagi!

4 Comments

~ cikLisLas ~ @ 18 November 2008 pada 10:49 PG

bg aku kalau mansuh pun ok gak...kesian budak2 kt pdalaman mcm murid2 aku ni.Ye la ko pun faham kan?sbb ko pun penah ngajar kan....mgkin bg sk di bandar ok la!

Tanpa Nama @ 20 November 2008 pada 11:05 PG

yer mansuh jer terus!!!! bukan masalah budak pedalaman budak bandar.

Cikgu yang mengajar pun mungkin dia terror matematik tapi tidak bahasa Inggeris.Pening2, kesian kat budak2 kita...jadi bahan uji jer dia orang ni dan mainan politik.

Masalah : murid tak pandai BI...nak pertingkatkan murid2 tersebut, bukannya guna pendekatan BI dalam MT 0r Sc.

Tanpa Nama @ 20 November 2008 pada 4:03 PTG

cik LisLas&Afzai--> betul pendapat kalian. Tapi bapak2 menteri kita buta agaknya

Tanpa Nama @ 7 Mac 2009 pada 8:28 PTG

aduhai.. org yg tak pernah belajar sains cakap senang je kan? aku graduan kejuruteraan. bygkan la betapa susahnye nak belajar subjek2 sains dalam bm. aku tak sokong mane2. aku harap berfikir la dulu.. buka luas pandangan. dari zaman tok ayah kita lagi da guna bi. tapi still kita yg ade kat zaman sekarang ni masih guna bm. pelik2 la korg. aku tau yg protes bi ni org2 bahasa or seni, yg tak langsung paham penggunaan bi dalam sains. nak ke korg tgk kita pinjam kamus2 sains indonesia yg dah sedia ubah bi kpd bahasa indon? nak ke tgk anak2 kita mundur mcm indon jugak. nak panggil programming dalam bm da jadik pengaturcaraan. nak panggil valve dalam bm jadik ape? pemutar paip? ok, mmg aku tau org melayu sekarang da ramai tak guna bm. tu org2 bandar! aku org kampung. tinggi mane aku belajar, jauh mane aku pergi, aku masih berhasa inggeris. just dalam pekerjaan, aku gunakan bi. open minded sket. nak bandingkan bm dgn bahasa german, jepun, korea. mane boleh. zaman kita sebelom merdeka lagi dieorg da ade kamus sains bi-jepun or bi-german. takyah kamus pon, sbenarnye sblom org inggeris or amerika naik, org german da lame maju.. sbb tu dieorg guna bahasa sendiri. kita? ape kita ade? kita masih ditahap belajar.. kita masih ditahap perlukan didikan. kita pinjam bahasa org, bukan kita mengagungkan. bukan kita guna utk 24jam seharian kita. satu lagi, kalo nak buat budak2 skolah kat kampung pandai bukannye bi. aku asal kampung. kat kelantan. aku tau ape yg berlaku. tolonglah open minded. takkan bahasa melayu hilang dalam jiwa anak melayu. amek pendekatan sikit utk kekalkan bahasa melayu. gunakan kat skolah, acara2 rasmi, di universiti, tapi bukan di sains n math.. tolong lah. benda kecil pon nak bertelagah sesama sendiri. fru nak nak tolong halang rusuhan dari makin teruk di katakan anjing english. sedangkan fru smua2 tu org melayu jugak. dieorg diberi gaji utk buat kerja. tanak ade pergaduhan. aku pon sokong pas or keadilan jugak. bukannye aku sokong penggunaan bi ni aku sokong umno. tolonglah... bukak minda!