Navigation


RSS : Articles / Comments


NVG MELETUP: MANA SILAPNYA?

Ahad, November 09, 2008, Posted by mr. admin, One Comment


"NGV meletup? Camtula orang kita...Pandai tak bertempat." "Ala, nak jadi Mc. Gyver lah tuuu.."

Mungkin begitulah persepsi segelintir di kalangan kita apabila memberi reaksi terhadap kejadian tangki gas NGV meletup di Melaka. Terpulanglah jika anda juga mempunyai persepsi sedemikian. Namun, saya lebih melihat situasi ini dari sudut berbeza. Saya rasa kita tak boleh samakan kejadian ini dengan situasi mat rempit yang terlajak terer lebih daripada Jepun tu. Atau budak-budak kampung yang pakar dalam aktiviti membuat meriam ala Taliban.

Ini kerana, mat rempit dan 'pakar letupan' tu bijak dalam situasi mencari hiburan dan keseronokan. Manakala dalam kes NGV meletup ini, si pembuatnya lebih kepada daya usahanya untuk menyelesaikan masalah untuk mengurangkan kos bahan api yang mahal di negara kita, walaupun diperingkat global harga sudah mulai merudum. Ya, siapa tahu mangsa yang terlibat merupakan seorang peniaga yang bekerja untuk mencari nafkah hidup bagi tujuan menyara diri?

Kita perlu ingat, kos pemasangan NGV untuk sebuah kenderaan mencecah ribuan ringgit. Kalau tak silap, paling kurang pun dalam RM2000 siap dengan upahnya. Tu tak masuk lagi kos nak ke Puspakom. Bayangkan dengan jumlah yang sebanyak itu, ia pasti mendatangkan beban bukan sedikit bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Kos untuk setiap kali mengisi NGV memang murah berganda-ganda berbanding petrol atau diesel. Dengan menukar penggunaan petrol kepada NGV merupakan satu langkah bijak untuk jangka masa panjang. Tapi, kos pemasangannya tu membuatkan kita terkedu!

Dengan segala macam kos kehidupan yang dah meningkat sekarang, maka wujudlah individu yang cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan cara sendiri. Dah nak tukar secara 'sah' agak mahal, gunalah tong gas memasak. Murah la sikit kot.

Saya biasa membeli sebiji tong gas yang berisi dengan harga RM70. Tapi dulu la, sebelum Pak Lah jadi PM. Sekarang ni, tak tau la pulak. Ok, katakan tong gas tu dah jadi RM90 sekarang ni. Campur dengan lain-lain kos hos, upah dan lain-lain, mungkin harganya lebih kurang RM800. (Andaian saya sahaja).

Nak banding RM800 dengan RM2000 memang jauh berbeza. Baki lagi RM1200 tu boleh buat macam-macam. Walaupun tak boleh ditebus dengan nyawa, tapi besar rahmatnya bagi golongan yang berpendapatan rendah.

Saya yakin, mangsa mungkin tak tau kesan menukar tangki gas tersebut. Kalau dia tahu, mesti dia dah fikir 10 kali. Atau terus membatalkan hasratnya.

Perkara dah pun berlaku. Mangsa dah pun selamat dikebumikan. Hanya Al-fatihah yang mampu disedekahkan. Yang masih hidup ni, jadikanlah pengajaran.

Kepada yang berkenaan, bukalah mata luas-luas. Jangan duk ingat nak isi perut, perut dan perut sendiri jer. Ni rakyat dah terkorban kerana harga petrol atau kos sara hidup dah makin tinggi. Jangan duk buat-buat tak reti. Jangan sampai ada yang nak guna nukler plak buat bahan bakar. Kalau tak reti nak buat apa, yang duk ada tu turunlah dari 'singgahsana', bagi yang tau pulak uruskan.

Dulu tak der pun jadi camni. Habis tu, salah siapa? Haa, ni nak petik kata-kata Nabil ni, " Lu pikir la sendiri."

One Comment

bioGPro_Green @ 12 November 2008 pada 9:37 PG

Salam..
Pada pandangan saya,sistem NGV yang digunakan adalah TIDAK SELAMAT..salah satu faktor ialah cuaca. Saya sendiri pernah bertanya kepada pengedar dan pemasang NGV tentang faktor cuaca dan belum dapat meyakinkan saya.Pengalaman saya belajar di Jepun,gas asli hanya digunakan untuk industri dan menjana elektrik.Jadi,perlu ditingkatkan tahap keselamatan dan tahap kekuatan sistem NGV itu sendiri.(Think Family-No NGV)