Navigation


RSS : Articles / Comments


NAK BAGI KE TAK?

Khamis, November 20, 2008, Posted by mr. admin, 3 Comments

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Pengguna kenderaan persendirian Kelas 1 yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Elite dari 12 tengah malam hingga 7 pagi akan menerima diskaun tol 10 peratus untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari tahun depan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, selain itu, diskaun tambahan 10 peratus juga akan turut diberikan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas dalam tempoh dan waktu yang sama...selanjutnya.

Tol turun?! Wah, bestnyer. Ringanla sikit beban pengguna lebuhraya. Tapi....

Dengar berita camni memang sungguh 'merdu' iramanya. Tapi bila selidik lebih dalam tak ke mana jugak. Pi mai pi mai tang tu jugak! Terutama orang macam aku yang tak suka drive tengah-tengah malam buta.

Ingatkan boleh la nak seronok sikit bila dah dengar khabar nak turun harga tol. Harapan hanya tinggal harapan jelah nampak gayanya. Oh, Malaysiaku...Aku tertipu lagi! Tapi dalam surat khabar, punyalah gah berita ni. Duk muka depan sekali. Tak percaya, tengokla Utusan Meloya!

Dengan hanya diskaun 10% yang akan diberikan pada jam 12 tengah malam hingga 7 pagi, aku rasa macam tak berbaloi. Kalau RM10, baru kurang RM1.

Huh, memang tak praktikal langsung! Macam tak mau bagi jer..

Lain-lain artikel untuk dibaca:

Plus bermurah hati
Diskaun Plus tak ikhlas
Diskaun tol 10 peratus
Plus cuba bodohkan rakyat

3 Comments

Tanpa Nama @ 21 November 2008 pada 2:56 PTG

Bagi aqla....xsesuai offer yg diberikan, tapi kalu dilihat daripad segi lgkah awl.Okla..kan daripada xde prubahn lgsg...

Tanpa Nama @ 23 November 2008 pada 12:32 PTG

Offer yang diberi x sesuai lgsung walaupun drpd segi langkah awal..klu di Jepun, pengguna lebuhraya yang menggunakan prepaid kad (mcm Touch & Go) terus dapat diskaun 20% sbb - kita bayar dulu..

Tanpa Nama @ 23 November 2008 pada 1:58 PTG

betul la langkah awal. tapi elok la considare bagi semua dapat merasa. Biarlah dapat diskaun 5% je pun. tapi bagi semua jenis kenderaan dan tak kira masa. kan yg tu lebih baik walaupun sikit.