Navigation


RSS : Articles / Comments


SALAM EIDULFITRI

Isnin, September 29, 2008, Posted by mr. admin, 8 Comments


1 Syawal bakal menjelma beberapa hari lagi. Hari yang dinantikan bakal kita raikan bersama. Di kesempatan ini, saya ingin menyusun jari memohon ribuan kemaafan kepada semua pengunjung blog ini.

Manalah tahu, ada di antara anda semua 'termakan hati berulam jantung' dengan penulisan saya di blog ni. Biasalah, kita sesama manusia mempunyai berlainan pendapat dan pegangan. Dalam menghadapi khilaf ni, mungkin ada yang terasa dan sebagainya.

Akhir kata, selamat menyambut Hari Raya Eidul Fitri. Maaf zahir dan batin.

TURUN 10 SEN: Syukur tapi.....

Khamis, September 25, 2008, Posted by mr. admin, One Comment

"Ai, sekupang jer?"
"Okla tu...Dari tak dapat langsung."
"Naik punya banyak, turun ciput jer!"

Hari ni Kerajaan Pimpinan Pak Lah umumkan harga petrol turun 10 sen berkuat kuasa mulai 25 September. Bak kata orang utara, "alahai, sekupang jer?".

Memang saya juga rasa bersyukur dengan harga baru ni. Walaupun sebenarnya nilai 10 sen tu tak mampu nak beli sebiji kuih kat bazar ramadhan pun. Mungkin ni juga keputusan 'populis' kerajaan nak tawan hati rakyat yang kebanyakkan dah mual dan muak.

Penurunan harga petrol sebanyak ini sebenarnya masih belum cukup untuk meredakan kegelisahan rakyat kenaikan harga barang dan juga inflasi. Menurut laporan, kadar inflasi Malaysia pada bulan Ogos adalah 8.5%. Satu kadar yang tinggi sejak 27 tahun yang lalu! Semuanya gara-gara minyak.

Kadar inflasi telah melonjak ke paras 8.5 peratus pada bulan Ogos - yang tertinggi dalam tempoh 27 tahun - ekoran peningkatan harga makanan dan bahanapi, demikian menurut angka rasmi yang dikeluarkan hari ini.

"Ianya tinggi sedikit daripada yang dijangkakan, tetapi Bank Negara tidak akan menaikkan kadar faedah untuk memastikan pertumbuhan," kata Wan Suhaimi Saidi, ahli ekonomi dari Kenanga Investment Bank.

"Ianya tinggi sedikit daripada jangkaan saya. Saya jangka 8.4 peratus. Saya tidak fikir kerajaan akan menaikkan kadar faedah penting. Ia akan dikekalkan pada kadar 3.50 peratus sehingga akhir tahun untuk menyokong pertumbuhan," katanya kepada AFP.

Jabatan Perangkaan telah menyemak semula dengan menurunkan angka inflasi bagi bulan Julai kepada 8.3 peratus. Ia sebelum ini meletakkan kadarnya pada 8.5 peratus... Baca selanjutnya

Saya percaya, harga baru ini tidak akan dapat memberi impak yang berkesan terhadap kadar inflasi negara. Kesan kenaikan bahan bakar pada awal Jun yang lalu masih dirasai. Kalau tak percaya, esok lusa pergi la ke kedai buat tinjauan sendiri. Ada tak harga barang-barang yang turun? Potong jari la kalau ada. Sapa nak turun harga dengan mudah?

Maknanya, 'kerosakan' ekonomi akibat kenaikan yang lalu jelas masih ketara dan tak dapat 'dibaiki' dengan nilai 10 sen ini. Tapi, orang dah bagi ambik jelaa...

Silakan baca artikel di bawah ni:

Duit raya sekupang, inflasi naik 8.5 peratus

Duit raya RM0.10 tak mainla

Kadar inflasi tertinggi dalam masa 27 tahun

TANDA-TANDA KEBESARAN ALLAH

Isnin, September 22, 2008, Posted by mr. admin, No Comment

Semasa saya 'merayap-rayap' dalam web youtube, dengan secara tak sengaja terjumpa dengan video yang menakjubkan ni. Seekor singa yang berada dalam kandang mengaum kalimah 'Allah'.

Saya tak tau sama ada perakam video ini telah mengubahsuai video ini atau memang ia dari asal, tetapi perkara sebegini tidak mustahil bagi Allah untuk menunjukkan kekuasaan-Nya kepada kita. Jom kita tengok video tu.. Subbahanallah!

AYUH! BERSEGERALAH...

Jumaat, September 19, 2008, Posted by mr. admin, One Comment

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berfirman yang bermaksud:

Tidak pernah aku murka kepada seseorang seperti murka-Ku kepada hamba yang telah berbuat maksiat yang dirinya sendiri juga memandang sebagai dosa besar, akan tetapi dia berputus asa dari keampunan-Ku.

Sekiranya aku menyegerakan hukuman atau sifat-Ku suka tergopoh-gapah, pasti aku menyegerakan hukuman itu terhadap orang yang berputus asa dari rahmat-Ku.

Dan sekiranya aku belum memberi rahmat kepada hamba-hamba-Ku, melainkan kerana takutnya mereka berdiri di hadapan-Ku, sudah tentu aku mengucapkan terima kasih kepada mereka dan aku jadikan pahala mereka itu di antaranya ialah rasa aman pada waktu semestinya mereka merasa ketakutan.

( HR Rafi'i )

Rahmat dan kasih sayang Allah memang sangat luas. Dia tidak mudah menjatuhkan hukuman dan seksaan kepada hamba-Nya. Dia membuka pintu taubat selebar-lebarnya. Justeru, barangsiapa yang merasa melakukan dosa kepada Allah, bersegeralah rujuk kepada-Nya dan bertaubat dengan penuh keyakinan, maka pasti taubatnya itu akan diterima oleh Allah SWT.

Sesungguhnya sifat terburu-buru itu bukan sifat Allah. Sifat itu merupakan sifat iblis dan syaitan. Oleh yang demikian, sebagai seorang muslim hendaklah kita mengelak daripada melakukan sesuatu secara terburu-buru. Sebarang perbuatan yang ingin dilakukan hendaklah difikirkan baik dan buruknya terlebih dahulu.

Sifat berputus asa dari rahmat Allah adalah termasuk dalam dosa besar yang sepatutnya dengan segera mendapat hukuman dan seksaan dari Allah. Walau bagaimanapun, Allah tidak segera menjatuhkan hukuman dan seksaan terhadapnya kerana terburu-buru bukanlah sifat Allah yang maha pengasih dan penyayang.

Sumber : Seruan Jumaat, PMIUTM edisi 19 Ramadhan 1429

UIH, BAHAYANYA ANWAR!

Khamis, September 18, 2008, Posted by mr. admin, No Comment

Memang sejak akhir-akhir ni saya lebih berminat nak bicara tentang pergolakan politik negara. Bukan tak ada topik lain. Tapi buat sekarang ni memang isu perubahan tampuk pemerintahan negara menarik minat semua pihak. Termasuklah saya,hoho :-)

Hari ni Pak Lah melalui kenyataan media selepas mengumumkan pertukaran portfolio kementerian, menyifatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai individu yang sangat merbahaya kepada negara. Uih, takutnyerrrrrrrrrr dengan Anwar. Bahaya tuuuu, dah la suka meliwat, agen Yahudi, suka populis...Kini Anwar dilebelkan kononnya menjadi satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara!

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah menjadi satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.
Perdana Menteri berkata tindak tanduk Anwar selama ini bukan saja menjejaskan kestabilan politik tetapi juga kestabilan ekonomi.

"Berikutan tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap Anwar ekoran ancaman tersebut, Abdullah berkata kerajaan akan melakukan apa yang perlu. Klik di sini untuk berita penuh.
Betul ke bahaya sangat Pak Sheikh Anwar ni kepada keselamatan dan ekonomi negara? Sampai melabelkan dia sebagai orang yang boleh memporak-perandakan keselamatan negara.

Bahaya kepada negara ke atau bahaya kepada UMNO dan BN? Pada saya dakwaan bahaya kepada negara adalah satu yang tidak berasas. Tapi, kalau dikatakan 'merbahaya' kepada survival politik UMNO-BN?! Ehmmm, fikir-fikirkan sendiri la..

Apakah Anwar Ibrahim jelmaan 'Osama ben Laden' kepada kerajaan Malaysia?

MAIN KEJAR-KEJAR: Misi PKR berjaya?!

Isnin, September 15, 2008, Posted by mr. admin, 3 Comments


Kalau kita tengok berita sehari dua ni, ulasan yang diberikan oleh channel TV utama negara kita rata-rata mengatakan misi PKR menghantar 5 orang wakil ke Taiwan telah gagal. Ditambah pula dengan rakaman perbualan melalui telefon dengan Dr Fuad Zarkhasi (MP Batu Pahat-BN), menggambarkan apa yang ditayang dalam tv benar-benar belaka. Tidak ada tak benar, melainkan benar,benar,benarrrrr belaka.

Namun, apa yang saya perolehi dalam blog YB Fuziah Salleh (MP Kuantan-PKR) ni menceritakan sebaliknya. Berikut adalah sedikit petikan dari laman blog beliau :

Disini saya juga ingin menegaskan bahawa misi pemergian kami keTaiwan telah tercapai dan ianya sungguh berjaya. Our TRIP HAS BEEN HIGHLY SUCESSFUL IN MEETING IT’S OBJECTIVES . Saya juga menegaskan seterusnya bahawa rancangan 16 Sept is RIGHT ON TRACK. If not literally on the actual date, 16+1 sept or 16+2 Sept. or even 16+3 Sept Nantikan bersama demi masa depan baru untuk seluruh rakyat Malaysia. Kita telah menunggu 50 tahun. tidak lama lagi penantian ini akan berakhir.....Klik di sini untuk artikel penuh.
Ehmm, nampaknya ada dua percanggahan ni. Tak tau siapa yang betul. Tapi selalunya rangkaian TV di Malaysia ni memang berat sebelah. Yang tak betul semuanya Pakatan Rakyat. Jadi anda sendiri boleh buat ramalan. Bak kata Nabil, "lu fikir la sendiri!"

Disamping tu, elok juga anda baca artikel-artikel kat bawah ni:

Detik 916
Ahli nujum atau wali yang kashaf?
Lumba lari politik malaysia
Anwar Ibrahim agen Yahudi pulak dah

Selamat membaca kesemuanya! :-)

RAMADHAN TERAKHIR DI BUMI SKUDAI

Sabtu, September 13, 2008, Posted by mr. admin, 6 Comments



Saya kira Ramadhan kali ini adalah yang terakhir buat saya sepanjang berada di UTM, Skudai. Insyaallah, bulan November ni saya akan menamatkan pengajian saya di sini. Sekejap je rasa, dah nak tamat pengajian saya di sini. Rasanya seperti baru semalam mendaftarkan diri.



Jadi, saya mengambil kesempatan kali ini untuk berbuka puasa beramai-ramai di Masjid Sultan Ismail petang semalam. Seronok berbuka ramai-ramai di masjid ni. Kesyahduan dan barakahnya jauh lebih hebat berbanding berbuka di hotel-hotel besar.

Selain tu, berbuka di masjid ni menjadikan kita lebih merendah diri. Dengan keadaannya yang ramai, bersesak, terasa seperti sebuah perhimpunan mini di Arafah. Semuanya sama, tiada pangkat yang dibawa bersama. Hanya ketaqwaan menjadi pemisah sesama insan.


Nasi minyak berlauk ayam, berkuah kari daging, 3 biji kurma, sebiji buah lai dan sebotol air. Bekalan buat bertarawih!

Bukan nak kondem orang yang berbuka di hotel-hotel mewah. Tapi kelainan berbuka di masjid ni hanya dapat dirasai bagi mereka yang berkesempatan menghadirinya. Makanannya tidaklah terlalu mewah, tapi cukup enak dan menyelerakan. Tambahan pula dengan perut yang kosong!



Sedih juga nak tinggalkan kenangan indah ini. Hanya memori indah ini sahaja yang akan terus terpahat dalam ingatan selagi hayat dikandung badan.

MENANTI 'EMAS' 916?

Khamis, September 11, 2008, Posted by mr. admin, No Comment


Sekarang ni angin bertiup kencang sana-sini. Duk kecoh tentang bakal berlakunya perubahan pemerintahan negara yang dijangka pada 16 September ni. Saya pun bukanlah orang yang arif dapat meramal apakah ianya akan benar-benar terjadi atau sebaliknya. Apatah lagi nak jadi ahli nujum nak menilik kesahihan ramalan ni.

Apa yang saya nampak, kegelisahan memang sudah melanda dikalangan pemimpin yang sedang menguasai pentadbiran di Putrajaya sekarang ni. Kalau tak gelabah, masakan ada MP yang dibawa melancong sambil belajar ke Taiwan. Apa hal dibuat rombongan ni dalam bulan Ramadhan? Dah takde hari lain ke nak buat lawatan tu?

Tak kurang juga pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang membuat komentar dalam blog. Antara yang menarik adalah pandangan yang diberikan oleh YB Ir Khalid Samad (MP Shah Alam). Pada saya, pandangan yang diberikan penuh dengan fakta walaupun ia adalah kontra dengan pendapat yang diutarakan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali. Berikut adalah sedikit petikan dari pandangan YB Ir Khalid Samad di dalam blognya:

Bagi saya, berlaku atau tidak perubahan kerajaan pada 16 September bukan satu isu, tetapi untuk menyifatkannya sebagai satu gimik mungkin tidak tepat. Yang lebih tepat ianya merupakan strategi politik yang terbukti berkesan. Ia boleh disamakan dengan kaedah pengurusan yang biasa digunakan yang dikenali sebagai MBO atau ‘Management by Objectives’. Dengan meletakkan satu tarikh sasaran yang realistik dan boleh dicapai maka segala kemampuan sebuah organisasi digerakkan kearah pencapaian sasaran tersebut.

Dalam kes Anwar kaedah ini terbukti berkesan dibeberapa peringkat seperti berikut:-
  1. Menyemarakkan semangat petugas, khususnya PKR, supaya bekerja keras demi mencapai sasaran yang telah dipersetujui bersama.
  2. Menawan imaginasi rakyat jelata dan menyediakan mereka untuk menerima kemungkinan berlakunya perubahan kerajaan di peringkat Federal.
  3. Mengganggu gugat pemikiran pihak lawan sehingga bertelagah di antara satu sama lain sehingga mereka menggelabah dan bertindak secara yang mendedahkan kelemahan mereka dengan lebih jelas lagi untuk ditontoni rakyat jelata.
Dari semua segi, taktik ini telah berjaya. Kemenangan di Permatang Pauh adalah di antara bukti yang nyata. Sepertimana juga hakikat bahawa rakyat semakin terlibat di dalam perbincangan berhubung ‘perubahan di peringkat Federal’. Klik di sini untuk ulasan penuh.


Apapun, tinggal 5 hari saja lagi detik yang diwar-warkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim tu bakal menjelma. Betul atau tidak hanya Allah yang mengetahuinya. Saya juga tak sabar menunggu tarikh keramat tu dengan penuh minat dan teruja.

Jika anda berminat nak baca ulasan yang lain, boleh klik pada link di bawah ni.

Benarkah Bulan Ramadhan Bulan Tukar Kerajaan?

Tumbangkah 'kerajaan tiga beranak' 16 September ini?





LET'S THINK ABOUT IT!

Selasa, September 09, 2008, Posted by mr. admin, No Comment


Somewhere in the Middle East, a man owned 17 camels – his entire wealth. He had three children who helped him in his transportation business. While on one of their trips, the father fell ill at an oasis. He called his children to his side and told them his last will: the oldest child was to have half of the camels, the middle child one third of the camels, and the youngest child one ninth of the camels (which represented a fair share of the time each had helped the father in his business). Then the man died.

After the burial, the children were faced with the problem of how to divide the camels according to their father’s wishes. The discussion soon centred, rather heatedly on how to kill and cut up some of the camels to come up with the specified shares.

At this moment an old man arrived at camp, hungry and thirsty, and with a camel in the same condition. The old man listened to the argument for a while and then offered to solve the dilemma by giving them his camel, if they would provide shelter and food for him for the night. The children agreed.

During the night, the oldest child decided he better leave with his share of the camels before the old man – or his siblings – had a change of heart. Later, the middle child awoke, noticed nine camels gone, and hastened to depart with six. In the morning, the youngest child, noting that the others had helped themselves to their inheritance, took the allowed two camels, and bid farewell to the old man with thanks.
The old man then resumed his journey with his well-fed and rested camel.

Source: Creative Problem Solving and Engineering Design, Lumsdaine et al., McGraw Hill 1999
What is the real problem here?
• How do we identify and formulate problems?

LIM GUAN ENG NAK TUBUH SEKOLAH AGAMA RAKYAT?

Sabtu, September 06, 2008, Posted by mr. admin, 4 Comments

"Ai, biar betul. Lim Guan Eng nak buat sekolah agama rakyat?!"
" Eh, mimpi ke apa ni?"

Ehm, tengok pada tajuk post kali ni memang agak menarik. Apa tidaknya, seorang Ketua Menteri bukan Islam mengumumkan akan menubuhkan sekolah agama rakyat di Pulau Pinang. Cerita ni mungkin suatu yang normal jika pengumumannya dibuat oleh Tuan Guru Dato' Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan. Tapi kali ni diumumkan oleh pemimpin non-muslim. Pemimpin DAP pulak tu. Berikut adalah petikan berita yang saya petik dari Harakahdaily.net :

PULAU PINANG, 5 Sept (Hrkh) - Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang menubuhkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sendiri tidak lama lagi di kawasan yang akan dimaklumkan kemudian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Jelasnya dalam majlis berbuka puasa bersama kepimpinan PAS Negeri di Restoran Kassim Mustaffa di Seberang Jaya semalam beliau menambah, semua cadangan itu akan diuruskan oleh Exco Hal Ehwal Agama, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Penerangan dan Perhubungan Masyarakat, Mohamad Fairus Khairudin.

Beliau berharap Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman bekerjasama dengan Mohamad Fairus untuk berbincang mengenainya di samping membantu merealisasikan perancangan agar tidak ketinggalan....Klik di sini untuk berita selanjutnya!
Mungkin sesetengah pihak akan berkata ni satu retorik politik untuk meraih sokongan pengundi Islam terhadap pemerintahan DAP di Pulau Pinang. Pada saya, tak kiralah sama ada ia satu retorik atau cadangan yang porpulis, asalkan ia memberi keuntungan kepada Islam.

Kita harus berlapang dada menerima cadangan itu dengan baik. Bukannya menyempitkan fikiran dengan andaian-andaian yang negatif. Pengumuman oleh Ketua Menteri Pulau Pinang tu bagi saya merupakan satu langkah baik ke arah perkembangan sekolah agama dan Islam itu sendiri.

Tak sangka juga cadangan seperti itu datangnya dari seorang Ketua Menteri yang bukan beragama Islam. Yelaa, sedangkan dulu ada seorang pemimpin negara kita yang secara langsung 'mengkhianati' sekolah agama rakyat dengan menarik bantuan perkapita. Ini kan pula Lim Guan Eng!

Dengan alasan kununnya, sekolah agama rakyat ni menyemai benih-benih ekstrem di kalangan pelajarnya. Ekstrem yang macam mana tak pula dinyatakan dengan jelas. Yang sedihnya, bapak-bapak menteri yang duduk keliling pemimpin tu sepatah pun tak kata apa. Apatah lagi nak bangkang! Tapi, sejak ketiadaan pemimpin 'kesayangan' negara tu dari tampuk pemerintahan negara, dengarnya bantuan perkapita tu telah dikembalikan semula.

Tapi, semasa bantuan tu ditarik, betapa azab pihak pengurusan sekolah agama rakyat nak survive. Nak bayar gaji guru, bil elektrik dan lain-lain. Syukurlah, jika kepentingan agama diutamakan melebihi dari kepentingan politik. Saya setuju sangat tu! Walaupun antara kita berbeza ideologi politik.

Apa pendapat anda?




KITA DAN PENYAKIT UMAT TERDAHULU

Sabtu, September 06, 2008, Posted by mr. admin, No Comment

Abu Hurairah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah ditimpkan ke atas umat terdahulu." Sahabat bertanya, "apakah penyakit umat terdahulu itu?" Rasulullah menjawab,"penyakit umat terdahulu adalah
  • Terlalu banyak seronok
  • Terlalu mewah
  • Menghimpun harta sebanyak mungkin
  • Tipu-menipu dalam merebut harta benda dunia
  • Saling memarahi
  • Hasut menghasut hingga jadi zalim-menzalim."

Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw tadi telah banyak terlihat di kalangan masyarakat kita hari ini. Bahkan, tempiasnya mungkin juga terkena atas diri kita sendiri! Di sana-sini kita melihat penyakit ini menjangkiti setiap lapisan masyarakat. Bermula dari pemerintah hinggalah kepada pengikut atau rakyat bawahan. Ia ibarat barah yang merebak dan akan melumpuhkan sistem pertahanan badan manusia.

Apatah lagi dengan kekosongan rohani dalam jiwa. Tatkala itulah, kita mula dibelai dengan nikmat dunia yang semakin memikat dan mempersona. Kehidupan di alam yang fana ini hanya diisi untuk mencari harta dunia yang menimbun.

Apabila hawa nafsu telah diperturutkan, tentunya pelbagai cara digunakan untuk mendapatkan kekayaan dan kemewahan. Kalau di kalangan rakyat bawahan, tipu-menipu menjadi mainan dalam perniagaan. Kecoh sana, kecoh sini. Pemimpinnya pula menggunakan kuasa yang ada untuk memperkayakan diri dan kroni dengan segala penipuan projek, rasuah dan nipotisme. Mempergunakan segala khazanah negara seperti mak bapak mereka yang punya!

Di kala itulah, akan hilang nilai-nilai akhlak yang diajar oleh junjungan besar. Yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, pecah amanah, hasad dengki dan segala macam bentuk penyakit hati.

Marilah kita sama-sama merenungi dan memuhasabah maksud yang terkandung dalam hadis ini.

Sumber : Diubahsuai dari risalah Seruan Jumaat Persatuan Mahasiswa Islam UTM (PMIUTM), edisi 5 Ramadhan 1429




KUIH RAYA DI INTERNET?!

Selasa, September 02, 2008, Posted by mr. admin, 7 Comments


Wah, baru sehari puasa dah ada yang jual kuih raya?!hehe..

Begitulah gelagat seorang peniaga. Cari peluang, analisis peluang dan terus ‘sambar’ ibarat helang yang menyambar ikan. Lihat sahaja helang, dengan pandangannya yang tajam, ia bisa melihat seekor tikus yang berlari di celah-celah daun di dalam hutan tebal. Bukan saja dapat melihat, malah ia juga melakukan tindakan dengan terus menerkam. Dapat atau tidak bukan persoalannya.

Kadang-kala kita terlalu fikirkan sangat sesuatu akibat. Takut itu la, takut ini la. Teringat saya akan kata-kata yang pernah diucapkan oleh Farid Ismet Amir (pembaca berita TV1). Katanya,"orang yang terlalu memikirkan risiko akibat sesuatu tindakan yang dilakukan, sampai bila-bila pun dia tidak akan ke mana-mana.”

Saya secara peribadi rasa kagum juga dengan salah seorang usahawan internet di Malaysia. Dengan kretivitinya, beliau telah berjaya menghasilkan sebuah laman web menjual kuih tradisional. Ehmm, memang nampak simple. Tapi idea simple beginilah yang selalunya akan menghasilkan kejayaan. Anda boleh layari websitenya di sini.

Nampaknya sekarang ni, kuih tradisional Melayu dah boleh didapati dalam internet. Setahu saya, pihak kuihtradisional.com hanya memasarkan produk ni untuk pasaran Malaysia saja. Tak tau la pula kalau nak pasarkan ke luar negara. Kalau boleh ke luar negara, memang hebat tu! Klik je, dah boleh makan kuih tradisional,hoho..

Walaupun setakat ni saya masih tercari-cari idea yang betul-betul sesuai, setidaknya idea perniagaan internet yang diperkenalkan oleh Saudara Shuth ni sedikit sebanyak memberi sumber inspirasi kepada saya sendiri. Mungkin pandangan saya masih lagi tidak setajam helang. Masih gagal melihat peluang apatah lagi nak menyambar peluang tu.

Owh, saya kena ’asah’ lagi pandangan saya lepas ni! Huhuhu..