Navigation


RSS : Articles / Comments


KITA DAN PENYAKIT UMAT TERDAHULU

Sabtu, September 06, 2008, Posted by mr. admin, No Comment

Abu Hurairah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah ditimpkan ke atas umat terdahulu." Sahabat bertanya, "apakah penyakit umat terdahulu itu?" Rasulullah menjawab,"penyakit umat terdahulu adalah
  • Terlalu banyak seronok
  • Terlalu mewah
  • Menghimpun harta sebanyak mungkin
  • Tipu-menipu dalam merebut harta benda dunia
  • Saling memarahi
  • Hasut menghasut hingga jadi zalim-menzalim."

Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw tadi telah banyak terlihat di kalangan masyarakat kita hari ini. Bahkan, tempiasnya mungkin juga terkena atas diri kita sendiri! Di sana-sini kita melihat penyakit ini menjangkiti setiap lapisan masyarakat. Bermula dari pemerintah hinggalah kepada pengikut atau rakyat bawahan. Ia ibarat barah yang merebak dan akan melumpuhkan sistem pertahanan badan manusia.

Apatah lagi dengan kekosongan rohani dalam jiwa. Tatkala itulah, kita mula dibelai dengan nikmat dunia yang semakin memikat dan mempersona. Kehidupan di alam yang fana ini hanya diisi untuk mencari harta dunia yang menimbun.

Apabila hawa nafsu telah diperturutkan, tentunya pelbagai cara digunakan untuk mendapatkan kekayaan dan kemewahan. Kalau di kalangan rakyat bawahan, tipu-menipu menjadi mainan dalam perniagaan. Kecoh sana, kecoh sini. Pemimpinnya pula menggunakan kuasa yang ada untuk memperkayakan diri dan kroni dengan segala penipuan projek, rasuah dan nipotisme. Mempergunakan segala khazanah negara seperti mak bapak mereka yang punya!

Di kala itulah, akan hilang nilai-nilai akhlak yang diajar oleh junjungan besar. Yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, pecah amanah, hasad dengki dan segala macam bentuk penyakit hati.

Marilah kita sama-sama merenungi dan memuhasabah maksud yang terkandung dalam hadis ini.

Sumber : Diubahsuai dari risalah Seruan Jumaat Persatuan Mahasiswa Islam UTM (PMIUTM), edisi 5 Ramadhan 1429




No Comment