Navigation


RSS : Articles / Comments


LIM GUAN ENG NAK TUBUH SEKOLAH AGAMA RAKYAT?

Sabtu, September 06, 2008, Posted by mr. admin, 4 Comments

"Ai, biar betul. Lim Guan Eng nak buat sekolah agama rakyat?!"
" Eh, mimpi ke apa ni?"

Ehm, tengok pada tajuk post kali ni memang agak menarik. Apa tidaknya, seorang Ketua Menteri bukan Islam mengumumkan akan menubuhkan sekolah agama rakyat di Pulau Pinang. Cerita ni mungkin suatu yang normal jika pengumumannya dibuat oleh Tuan Guru Dato' Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan. Tapi kali ni diumumkan oleh pemimpin non-muslim. Pemimpin DAP pulak tu. Berikut adalah petikan berita yang saya petik dari Harakahdaily.net :

PULAU PINANG, 5 Sept (Hrkh) - Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang menubuhkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sendiri tidak lama lagi di kawasan yang akan dimaklumkan kemudian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Jelasnya dalam majlis berbuka puasa bersama kepimpinan PAS Negeri di Restoran Kassim Mustaffa di Seberang Jaya semalam beliau menambah, semua cadangan itu akan diuruskan oleh Exco Hal Ehwal Agama, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Penerangan dan Perhubungan Masyarakat, Mohamad Fairus Khairudin.

Beliau berharap Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman bekerjasama dengan Mohamad Fairus untuk berbincang mengenainya di samping membantu merealisasikan perancangan agar tidak ketinggalan....Klik di sini untuk berita selanjutnya!
Mungkin sesetengah pihak akan berkata ni satu retorik politik untuk meraih sokongan pengundi Islam terhadap pemerintahan DAP di Pulau Pinang. Pada saya, tak kiralah sama ada ia satu retorik atau cadangan yang porpulis, asalkan ia memberi keuntungan kepada Islam.

Kita harus berlapang dada menerima cadangan itu dengan baik. Bukannya menyempitkan fikiran dengan andaian-andaian yang negatif. Pengumuman oleh Ketua Menteri Pulau Pinang tu bagi saya merupakan satu langkah baik ke arah perkembangan sekolah agama dan Islam itu sendiri.

Tak sangka juga cadangan seperti itu datangnya dari seorang Ketua Menteri yang bukan beragama Islam. Yelaa, sedangkan dulu ada seorang pemimpin negara kita yang secara langsung 'mengkhianati' sekolah agama rakyat dengan menarik bantuan perkapita. Ini kan pula Lim Guan Eng!

Dengan alasan kununnya, sekolah agama rakyat ni menyemai benih-benih ekstrem di kalangan pelajarnya. Ekstrem yang macam mana tak pula dinyatakan dengan jelas. Yang sedihnya, bapak-bapak menteri yang duduk keliling pemimpin tu sepatah pun tak kata apa. Apatah lagi nak bangkang! Tapi, sejak ketiadaan pemimpin 'kesayangan' negara tu dari tampuk pemerintahan negara, dengarnya bantuan perkapita tu telah dikembalikan semula.

Tapi, semasa bantuan tu ditarik, betapa azab pihak pengurusan sekolah agama rakyat nak survive. Nak bayar gaji guru, bil elektrik dan lain-lain. Syukurlah, jika kepentingan agama diutamakan melebihi dari kepentingan politik. Saya setuju sangat tu! Walaupun antara kita berbeza ideologi politik.

Apa pendapat anda?




4 Comments

Zool Blogger @ 7 September 2008 pada 11:41 PG

Tak kisah samaada berkepentingan politik yang penting memberi kepada rakyat...

ZOol
http://www.ligakampung.com/blog

Tanpa Nama @ 7 September 2008 pada 11:53 PG

Alhamdulillah. Aku setuju dengan zool.

Tanpa Nama @ 7 September 2008 pada 1:16 PTG

semoga Allah berikan dia hidayah ke arah Islam...

Alone @ 7 September 2008 pada 4:34 PTG

i agree with u.

SAR patut diberi bantuan. anda patut rasa malu jika anda menentang hasrat yang murni itu.

salam Ramadhan.

http://aloneinhome.com