Navigation


RSS : Articles / Comments


KUIH RAYA DI INTERNET?!

Selasa, September 02, 2008, Posted by mr. admin, 7 Comments


Wah, baru sehari puasa dah ada yang jual kuih raya?!hehe..

Begitulah gelagat seorang peniaga. Cari peluang, analisis peluang dan terus ‘sambar’ ibarat helang yang menyambar ikan. Lihat sahaja helang, dengan pandangannya yang tajam, ia bisa melihat seekor tikus yang berlari di celah-celah daun di dalam hutan tebal. Bukan saja dapat melihat, malah ia juga melakukan tindakan dengan terus menerkam. Dapat atau tidak bukan persoalannya.

Kadang-kala kita terlalu fikirkan sangat sesuatu akibat. Takut itu la, takut ini la. Teringat saya akan kata-kata yang pernah diucapkan oleh Farid Ismet Amir (pembaca berita TV1). Katanya,"orang yang terlalu memikirkan risiko akibat sesuatu tindakan yang dilakukan, sampai bila-bila pun dia tidak akan ke mana-mana.”

Saya secara peribadi rasa kagum juga dengan salah seorang usahawan internet di Malaysia. Dengan kretivitinya, beliau telah berjaya menghasilkan sebuah laman web menjual kuih tradisional. Ehmm, memang nampak simple. Tapi idea simple beginilah yang selalunya akan menghasilkan kejayaan. Anda boleh layari websitenya di sini.

Nampaknya sekarang ni, kuih tradisional Melayu dah boleh didapati dalam internet. Setahu saya, pihak kuihtradisional.com hanya memasarkan produk ni untuk pasaran Malaysia saja. Tak tau la pula kalau nak pasarkan ke luar negara. Kalau boleh ke luar negara, memang hebat tu! Klik je, dah boleh makan kuih tradisional,hoho..

Walaupun setakat ni saya masih tercari-cari idea yang betul-betul sesuai, setidaknya idea perniagaan internet yang diperkenalkan oleh Saudara Shuth ni sedikit sebanyak memberi sumber inspirasi kepada saya sendiri. Mungkin pandangan saya masih lagi tidak setajam helang. Masih gagal melihat peluang apatah lagi nak menyambar peluang tu.

Owh, saya kena ’asah’ lagi pandangan saya lepas ni! Huhuhu..




7 Comments

Tanpa Nama @ 2 September 2008 pada 11:58 PTG

trial-error adalah satu daripada langkah ke arah kejayaan. semoag sukses dengan idea dan business yang baru :)

Tanpa Nama @ 3 September 2008 pada 12:23 PG

saya teruja dengan entri ni. xsangka ya kuih juga boleh dikomersialkan di Internet.

hebat.

semoga berjaya dengan bisnes yang anda ceburi.

selamat menyambut bulan Ramadhan dan menunaikan ibadah puasa ;-)

Tanpa Nama @ 4 September 2008 pada 1:02 PG

Salam,
Thanks atas post berkenaan web tersebut. Untuk makluman, pihak kuihtradisional.com juga bersedia untuk membuat penghantaran ke luar negara. .. :)

target marketnya adalah student2 malaysia yang tinggal di luar negara.. :)

Tanpa Nama @ 4 September 2008 pada 2:17 PG

ehmm...ni memang dah boleh export ke pasaran antarabangsa ni!hehe

Aidilfitri 2008 @ 12 September 2008 pada 10:13 PTG

boleh tak nak promote kuih saya disini...
untu tempahan boleh hubungi pn.mira 014-6091337
biskut sarang semut 50biji = rm19
penhantaran percuma sekitar kl.

Muhafis @ 14 September 2008 pada 2:42 PTG

sy rasa idea nie sgt bagus..
menjimat kan masa.. tapi berbaloi ke utk org yg tnggal jauh & memerklukan ber pot2 jenis kuih.. mungkin kos penghantaran akan naik.. js my 2 cent

Tanpa Nama @ 14 September 2008 pada 9:41 PTG

mungkin ada org yg rasa perkhidmatan seperti ni baik untuknya. Ada juga yang rasa idea seperti ni kurang sesuai untuk dia. So,terpulangla kpd diri sendiri.. :-)