Navigation


RSS : Articles / Comments


AYUH! BERSEGERALAH...

Jumaat, September 19, 2008, Posted by mr. admin, One Comment

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berfirman yang bermaksud:

Tidak pernah aku murka kepada seseorang seperti murka-Ku kepada hamba yang telah berbuat maksiat yang dirinya sendiri juga memandang sebagai dosa besar, akan tetapi dia berputus asa dari keampunan-Ku.

Sekiranya aku menyegerakan hukuman atau sifat-Ku suka tergopoh-gapah, pasti aku menyegerakan hukuman itu terhadap orang yang berputus asa dari rahmat-Ku.

Dan sekiranya aku belum memberi rahmat kepada hamba-hamba-Ku, melainkan kerana takutnya mereka berdiri di hadapan-Ku, sudah tentu aku mengucapkan terima kasih kepada mereka dan aku jadikan pahala mereka itu di antaranya ialah rasa aman pada waktu semestinya mereka merasa ketakutan.

( HR Rafi'i )

Rahmat dan kasih sayang Allah memang sangat luas. Dia tidak mudah menjatuhkan hukuman dan seksaan kepada hamba-Nya. Dia membuka pintu taubat selebar-lebarnya. Justeru, barangsiapa yang merasa melakukan dosa kepada Allah, bersegeralah rujuk kepada-Nya dan bertaubat dengan penuh keyakinan, maka pasti taubatnya itu akan diterima oleh Allah SWT.

Sesungguhnya sifat terburu-buru itu bukan sifat Allah. Sifat itu merupakan sifat iblis dan syaitan. Oleh yang demikian, sebagai seorang muslim hendaklah kita mengelak daripada melakukan sesuatu secara terburu-buru. Sebarang perbuatan yang ingin dilakukan hendaklah difikirkan baik dan buruknya terlebih dahulu.

Sifat berputus asa dari rahmat Allah adalah termasuk dalam dosa besar yang sepatutnya dengan segera mendapat hukuman dan seksaan dari Allah. Walau bagaimanapun, Allah tidak segera menjatuhkan hukuman dan seksaan terhadapnya kerana terburu-buru bukanlah sifat Allah yang maha pengasih dan penyayang.

Sumber : Seruan Jumaat, PMIUTM edisi 19 Ramadhan 1429

One Comment

Muhafis @ 21 September 2008 pada 1:49 PTG

good info pal..