Navigation


RSS : Articles / Comments


MENANTI 'EMAS' 916?

Khamis, September 11, 2008, Posted by mr. admin, No Comment


Sekarang ni angin bertiup kencang sana-sini. Duk kecoh tentang bakal berlakunya perubahan pemerintahan negara yang dijangka pada 16 September ni. Saya pun bukanlah orang yang arif dapat meramal apakah ianya akan benar-benar terjadi atau sebaliknya. Apatah lagi nak jadi ahli nujum nak menilik kesahihan ramalan ni.

Apa yang saya nampak, kegelisahan memang sudah melanda dikalangan pemimpin yang sedang menguasai pentadbiran di Putrajaya sekarang ni. Kalau tak gelabah, masakan ada MP yang dibawa melancong sambil belajar ke Taiwan. Apa hal dibuat rombongan ni dalam bulan Ramadhan? Dah takde hari lain ke nak buat lawatan tu?

Tak kurang juga pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang membuat komentar dalam blog. Antara yang menarik adalah pandangan yang diberikan oleh YB Ir Khalid Samad (MP Shah Alam). Pada saya, pandangan yang diberikan penuh dengan fakta walaupun ia adalah kontra dengan pendapat yang diutarakan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali. Berikut adalah sedikit petikan dari pandangan YB Ir Khalid Samad di dalam blognya:

Bagi saya, berlaku atau tidak perubahan kerajaan pada 16 September bukan satu isu, tetapi untuk menyifatkannya sebagai satu gimik mungkin tidak tepat. Yang lebih tepat ianya merupakan strategi politik yang terbukti berkesan. Ia boleh disamakan dengan kaedah pengurusan yang biasa digunakan yang dikenali sebagai MBO atau ‘Management by Objectives’. Dengan meletakkan satu tarikh sasaran yang realistik dan boleh dicapai maka segala kemampuan sebuah organisasi digerakkan kearah pencapaian sasaran tersebut.

Dalam kes Anwar kaedah ini terbukti berkesan dibeberapa peringkat seperti berikut:-
  1. Menyemarakkan semangat petugas, khususnya PKR, supaya bekerja keras demi mencapai sasaran yang telah dipersetujui bersama.
  2. Menawan imaginasi rakyat jelata dan menyediakan mereka untuk menerima kemungkinan berlakunya perubahan kerajaan di peringkat Federal.
  3. Mengganggu gugat pemikiran pihak lawan sehingga bertelagah di antara satu sama lain sehingga mereka menggelabah dan bertindak secara yang mendedahkan kelemahan mereka dengan lebih jelas lagi untuk ditontoni rakyat jelata.
Dari semua segi, taktik ini telah berjaya. Kemenangan di Permatang Pauh adalah di antara bukti yang nyata. Sepertimana juga hakikat bahawa rakyat semakin terlibat di dalam perbincangan berhubung ‘perubahan di peringkat Federal’. Klik di sini untuk ulasan penuh.


Apapun, tinggal 5 hari saja lagi detik yang diwar-warkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim tu bakal menjelma. Betul atau tidak hanya Allah yang mengetahuinya. Saya juga tak sabar menunggu tarikh keramat tu dengan penuh minat dan teruja.

Jika anda berminat nak baca ulasan yang lain, boleh klik pada link di bawah ni.

Benarkah Bulan Ramadhan Bulan Tukar Kerajaan?

Tumbangkah 'kerajaan tiga beranak' 16 September ini?





No Comment