Navigation


RSS : Articles / Comments


RAMADHAN TERAKHIR DI BUMI SKUDAI

Sabtu, September 13, 2008, Posted by mr. admin, 6 Comments



Saya kira Ramadhan kali ini adalah yang terakhir buat saya sepanjang berada di UTM, Skudai. Insyaallah, bulan November ni saya akan menamatkan pengajian saya di sini. Sekejap je rasa, dah nak tamat pengajian saya di sini. Rasanya seperti baru semalam mendaftarkan diri.



Jadi, saya mengambil kesempatan kali ini untuk berbuka puasa beramai-ramai di Masjid Sultan Ismail petang semalam. Seronok berbuka ramai-ramai di masjid ni. Kesyahduan dan barakahnya jauh lebih hebat berbanding berbuka di hotel-hotel besar.

Selain tu, berbuka di masjid ni menjadikan kita lebih merendah diri. Dengan keadaannya yang ramai, bersesak, terasa seperti sebuah perhimpunan mini di Arafah. Semuanya sama, tiada pangkat yang dibawa bersama. Hanya ketaqwaan menjadi pemisah sesama insan.


Nasi minyak berlauk ayam, berkuah kari daging, 3 biji kurma, sebiji buah lai dan sebotol air. Bekalan buat bertarawih!

Bukan nak kondem orang yang berbuka di hotel-hotel mewah. Tapi kelainan berbuka di masjid ni hanya dapat dirasai bagi mereka yang berkesempatan menghadirinya. Makanannya tidaklah terlalu mewah, tapi cukup enak dan menyelerakan. Tambahan pula dengan perut yang kosong!



Sedih juga nak tinggalkan kenangan indah ini. Hanya memori indah ini sahaja yang akan terus terpahat dalam ingatan selagi hayat dikandung badan.

6 Comments

Tanpa Nama @ 13 September 2008 pada 2:11 PTG

wah.. Ramdhan terkahir.. dah nak grad.. tahniah..

semoga menjalani ibadah berpuaa dengan tenang..

salam Ramadhan ^_^

Tanpa Nama @ 14 September 2008 pada 1:44 PG

ko kat skudai rupanya huzairy.. laaa. dekat sangat ler ngan tempat aku.

en_me @ 14 September 2008 pada 5:36 PG

salam ramadan n selamat bbuka puasa bro..

chentatiku @ 14 September 2008 pada 12:55 PTG

b4 berbuka..nafsu nak mkn mcm2...

bila dah mkn sikit, dah rase kenyang..

nafsu2...

A t i Q a h @ 14 September 2008 pada 1:01 PTG

Oh. Ruginya tak dapat join. Bila fikir2 balik, betul lah, ni ramadhan terakhir kat UTM. Alahai. Sedih.

Salam singgah.

Tanpa Nama @ 14 September 2008 pada 9:45 PTG

alone--> Terima kasih..
rohaizah--> Nama saya zuhairy, bukan huzairy daaa..mungkin satu hari nati kita leh bersua
en_me--> selamat berbuka juga..
zanarul wani--> memang pun, tapi malangnya kita jrang jdkan ia satu iktibar
atiqah-->ia la, bila masa berlalu pantas.. :-(